Monday, December 5, 2011

Istimewa koleksi Qaira Hijab


Koleksi tudung Qaira Hijab yang menggunakan fabrik berkualiti.


Mendapatkan koleksi tudung terkini secara online menjadi trend di kalangan wanita muda hari ini.

Tanpa perlu memandu jauh sekadar duduk melayari laman-laman sesawang berkaitan, mereka berpeluang memilih tudung yang diminati.

Antaranya koleksi Qaira Hijab, perniagaan tudung menerusi Internet yang diusahakan oleh Ainil Hawa Sazali, 26, bersama suaminya, Jumal Ridzan Mohd. Roslan, 31.

Perniagaan yang didaftarkan sebagai Qaira Hijab ini telah beroperasi di laman sosial Facebook dan blog qairashijab.blogspot.com sejak dua tahun lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar tudung dalam talian.

"Menariknya mengenai koleksi Qaira Hijab ini ialah tudung yang dijual mengikut cita rasa wanita moden pada masa kini serta sangat sesuai digayakan oleh pelbagai lapisan umur.

"Selain itu, mutu kain tudung yang berkualiti menyebabkan pelanggan sentiasa tertunggu-tunggu koleksi terbaru," ujar Ainil Hawa selaku pemilih dan penentu rekaan tudung bagi Qaira Hijab.

Menurut Ainil lagi, dia akan sentiasa mengemas kini Facebook Qaira Hijab dan akan memuat naik koleksi tudung terbaru pada setiap minggu bagi menampilkan rekaan dan corak terbaru yang selari dengan peredaran masa.

"Antara corak terkini yang laris di pasaran adalah tudung benang kapas , tudung sutera Thai dengan sulaman bunga, selendang syifon dan tudung fabrik denim.

Namun keistimewaan koleksi Qaira Hijab ialah pada bahagian hadapan tudung (awning) yang lebih mudah dijaga termasuk jika dicuci dalam mesin basuh.

Biarpun tidak menggunakan pelapik keras bagi membentuk awning, tudung tetap cantik terletak.

"Sementara itu, wanita yang mempunyai raut muka yang agak lebar juga tidak perlu berasa bimbang mengenai kesesuaian wajah kerana pemakaian tudung tersebut akan menampakkan muka lebih tirus," jelasnya yang juga merupakan pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Selain itu, penjelasan yang terperinci mengenai saiz, warna dan harga tudung boleh didapati pada setiap gambar produk sekali gus memudahkan lagi urusan jual beli secara Internet.

Pelanggan hanya perlu memilih rekaan tudung yang diminati dan segala urusan tempahan tudung dan pertanyaan akan dibuat melalui e-mel. Urusan pembayaran pula boleh dibuat melalui perbankan Internet dan tempahan yang dibuat akan dihantar melalui Pos Laju Malaysia.

"Pelanggan akan mendapat tempahan mereka dalam tempoh satu hingga dua hari daripada tarikh pembayaran," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: