Monday, December 5, 2011

Epson sasar 12% pasaran projektor

LANCAR...Lee (dua dari kiri) memperkenalkan rangkaian projektor terbaru Epson yang dilancarkan di Hotel The Gardens, baru-baru ini.
LANCAR...Lee (dua dari kiri) memperkenalkan rangkaian projektor terbaru Epson yang dilancarkan di Hotel The Gardens, baru-baru ini.

EPSON Trading (M) Sdn Bhd menyasarkan penguasaan pasaran kira-kira 12 peratus dalam segmen jualan projektor keluarannya menjelang akhir tahun ini berbanding tujuh peratus yang dicatatkan tahun lalu.

Pengurus Besarnya, Danny Lee berkata, syarikatnya optimis mampu mencapai sasaran itu bersandarkan pengenalan rangkaian produk dalam segmen terbabit dan produk terbaru iaitu 12 projektor yang dijangka menyumbang kepada unjuran berkenaan.


“Kami memperkenalkan 12 rangkaian projektor iaitu Epson EB-S02, Epson EB-X02, Epson EB-S12, Epson EB-X11, Epson EB-X12, Epson EB-X14, Epson EB-W12, Epson EB-1880, Epson EB-435W, Epson EH-TW8000, Epson EH-TW6000 dan Epson MG-850HD yang dijual pada harga antara RM1,199 dan RM12,800 seunit.

“Rangkaian produk ini disasarkan kepada empat segmen pengguna yang berbeza iaitu pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS), pendidikan, pejabat korporat dan rumah malah menjangkakan segmen PKS menyumbang sehingga 70 peratus penjualannya pada tahun depan bersandarkan kebanyakan syarikat di negara ini berstatus PKS,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian projektor itu di Kuala Lumpur.


Katanya, menerusi produk terbaru itu, syarikat menyasarkan penjualan 500 unit sebulan dan menjangkakan jumlah itu meningkat kepada 700 unit tahun depan.


Selain itu, syarikat percaya dengan pengenalan projektor yang unik dan mengikut perkembangan teknologi semasa seperti Epson MG-850HD, ia mampu mengakses peranti daripada rangkaian produk Apple seperti iPhone atau iPad yang memudahkan pengguna seperti menonton filem atau mempamerkan gambar dalam skala besar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: