Tuesday, December 27, 2011

Derita sakit berakhir


Wajah terbaru Mek Habsah dan suami, Rahamis Hamid.



engalaman atau rasa sakit bagi setiap orang mungkin berbeza.

Tabah, sabar, berusaha, tidak putus asa dan sokongan keluarga menjadi kekuatan setiap pesakit dan keluarga untuk meneruskan hidup. Justeru ruangan ini memaparkan kisah masyarakat untuk tauladan dan motivasi pembaca.

Antara yang banyak mendapat reaksi pembaca ialah kisah Mek Habsah, 56 yang disiarkan Julai lalu.

Pernah menjadi artis, Mek Habsah yang saya temui sekarang berbeza dengan lima bulan lalu.

Dia kini boleh tersenyum riang dan pulih daripada penyakit sendi.

Walaupun baru tiba dari China kerana bercuti, dia tidak menolak untuk ditemu bual. Sedikit penat kerana sakit paru-paru, Mek Habsah lebih cergas berbanding dahulu.

Jika dahulu dia sukar menaiki tangga, berjalan mahupun berdiri lama.

perasaan

Paling menyentuh perasaan Mek Habsah, dia tidak boleh bersolat seperti biasa tetapi perlu dibantu dengan kerusi atau solat sambil duduk.

"Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan doktor secara berterusan dan mencuba suplemen IZ Wellin yang saya beli melalui laman web www.zzbeauty.com.my, sakit Mek semakin berkurangan. Kini Mek boleh menaiki tangga dan jika melakukan solat sunat dua rakaat, Mek boleh melakukan secara normal. Selain itu, penyakit paru-paru Mek Habsah dapat dikawal dengan kurang melakukan kerja berat.," katanya yang ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Lebih membahagiakan Mek Habsah dan suami, Rahamis Hamid, 60, sepanjang 2011, dia belum pernah dimasukkan ke wad.

"Jika dahulu saya akan memakan ubat tahan sakit untuk mengurangkan rasa sakit sendi lutut saya. Kini sakit lutut kanan dan kiri saya sudah berkurangan. Saya hanya berkerusi roda jika mengalami semput atau serangan sakit paru-paru dan bukan disebabkan sakit sendi lutut.

Bayangkan, bulan lalu saya pergi bercuti bersama keluarga di Sabah dan hari ini saya baru sahaja balik dari China. Tiada lagi istilah 'letih' atau 'payah' dalam kamus hidup saya," katanya gembira dengan perubahan sakit sendinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: