ANTARA pelakon filem Ombak Rindu.
Kawan-kawan yang sudah pun menonton filem yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashari baru-baru ini rata-rata memberitahu, mereka terhibur dengan garapan terbaru pengarah yang pernah mencuit hati peminat dengan filem Cun sebelum ini. Malah, tidak kurang yang kehabisan tisu kerana tidak dapat menahan kesedihan menonton lakonan hebat Maya.
Dalam e-melnya dia berkata, sokongan dan bantuan yang diberikan itu berjaya mengetengahkan maklumat serta mempromosikan filem ini kepada masyarakat umum.
"Justeru, melalui sokongan dengan sebaran maklumat dan komentar yang menyokong serta membina, filem ini berjaya menarik perhatian masyarakat melalui sambutan yang memberangsangkan pada hari pertama tayangannya.
“Sesuatu yang positif terpancar melalui sambutan hari pertama tayangannya di mana kebanyakan panggung yang menayangkannya menyaksikan fenomena ‘kehabisan tiket’. Kami mendapat maklumat, hampir semua panggung sekitar lembah Klang termasuk di negeri-negeri lain kehabisan tiket. Semua ini terjadi ekoran dokongan rakan media semua kerana tanpa adanya sokongan positif dari rakan-rakan sekalian, fenomena ini mungkin tidak akan berlaku," kata Sharad.
Sharad turut berharap fenomena yang memberangsangkan ini dapat berpanjangan dalam usaha untuk meraih kutipan sebanyak mungkin.
"Kami sedar, Ombak Rindu sebuah filem bergenre drama, yang biasanya agak sukar meraih kutipan di pasaran. Namun, demi mempertingkatkan mutu dan tahap industri filem tempatan, kami berasakan perlu memulakan usaha menerbitkan filem-filem yang punyai kandungan bermutu dan mantap. Justeru, sokongan dan bantuan rakan media amatlah kami perlu dan hargai demi memupuk usaha kami ke arah itu," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: