Melihat populariti Coconut Shake yang semakin digemari masyarakat ketika berkunjung ke Kledang, Melaka, membuka peluang Nordin Harun untuk membuka gerai Coconut Shake pertama di Shah Alam yang terletak di Seksyen 18.
Gerai Coconut Shake yang telah memulakan operasi sejak April tahun ini dengan bermodalkan RM500, mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan sekitar Shah Alam.
Menurut Nordin, ketika mula-mula berniaga Coconut Shake, dia mampu menjual sehingga 200 cawan sehari yang yang menjadi tumpuan golongan berkerjaya ketika tengah hari.
“Coconut Shake digemari pelanggan ketika musim panas apabila dapat dilihat adanya peningkatan jualan sehingga berjaya menjual 80 cawan sehari.
“Namun, jualan sedikit merosot, pada musim hujan dengan hanya boleh jual 25 cawan sehari berbanding pelanggan pada hujung minggu,” katanya ketika ditemui di gerainya.
Nordin berkata, secawan Coconut Shake dijual dengan harga RM2 ini mempunyai resipi dan rasa yang sama seperti Cocounut Shake yang terdapat di Kledang. Oleh itu, pelanggan tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan Coconut Shake yang sama.
Menurutnya, ketika Ramadan lalu, dia mampu menjual sekitar 100 biji kelapa iaitu 400 cawan sehari ketika berniaga di Bazar Ramadan Seksyen 20.
“Bagi mengukuhkan lagi perniagaan, saya turut memperkenalkan Pineapple Shake dan bakal memperkenalkan beberapa produk baru pada tahun depan dengan menjanjikan kelainan kepada pelanggan.
“Bukan itu sahaja, saya juga berharap dapat membuka sebuah kios di dalam sebuah restoran yang menjual Coconut Shake,” katanya.
Tuesday, December 27, 2011
Coconut Shake tarikan cuaca panas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: