
SERDANG - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan lebih 20 jurulatih bertauliah dilantik dalam sukan rekreasi di negara ini setiap tahun.
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zaidon Asumi berkata, objektif itu ditetapkan berikutan peningkatan pembabitan masyarakat dalam sukan tersebut yang menjadi salah satu penyumbang kepada industri sukan negara.
"Setiap daripada jurulatih itu akan diuji hingga ke tahap tiga yang melibatkan pelbagai aspek dalam pengetahuan dan keselamatan bagi aktiviti rekreasi seperti darat, air dan udara.
"Secara langsung ia menjadi medan terbaik dalam menguji tahap kepimpinan, ketahanan mental dan fizikal mereka," katanya selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Pembangunan Rekreasi Luar Kebangsaan 2011 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: