KAYA...Tamata berharap dapat membabitkan diri dalam siri televisyen dengan pelancaran programnya sendiri, Billion $$$ Girl.
SEMENTARA kebanyakan kita jarang sekali tahu bagaimana rasanya memiliki wang kertas 50 pound dengan jumlah yang banyak, model, Tamara Ecclestone kelihatan santai berbaring di atas timbunan wang sambil berbogel.
Model terbabit berbogel semata-mata untuk sesi fotografi bersama jurugambar ternama, Tyler Shields.
Sambil berbaring di atas katil yang dipenuhi wang 1 juta pound (RM5 juta), wanita berusia 27 tahun itu menunjukkan kekayaannya dengan berpura-pura menyeterika wang berkenaan walaupun dalam kehidupan sebenar dia mungkin tidak pernah melakukan kerja sedemikian.
Dalam babak lain sesi fotografi di rumah agam miliknya yang bernilai 50 juta pound (RM250 juta) itu, Tamara juga berpura-pura menggoreng telur, sementara sepasang tumit tinggi Christian Laboutin tersadai di atas permukaan kabinet dapurnya.
Tamara kemudian keluar ke jalan raya di London sambil menyapu kaki lima jalan raya pada waktu tengah malam dengan memakai pakaian glamor dan seksi.
Ejen Shields memberitahu The Sun: “Shields bertanya sekiranya Tamara mempunyai wang tunai 1 juta pound dan dia berkata, dia sudah pun berbaring di atasnya.
Jadi, Shields meminta Tamara berbaring diatasnya tanpa seurat benang pun.”
Tamara bergaya untuk sesi fotografi itu sempena pelancaran siri realiti televisyen dilakonkannya, Billion $$$ Girl yang bakal ditayangkan di Saluran 5.
Dia berharap siri itu dapat menonjolkan dirinya yang sebenar, berbanding tanggapan masyarakat yang mengenalinya sebagai anak perempuan CEO Formula Satu, Bernie Ecclestone.
Tamara berkata: “Saya seronok menjalani sesi fotografi bersama Shields kerana dia sangat kreatif dan berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan.
“Dalam rancangan TV baru yang saya lakonkan, saya cuba untuk menonjolkan diri Tamara yang sebenar berbanding dikenali sebagai anak perempuan Bernie. Saya percaya sesi fotografi bersama Shields membolehkan saya menunjukkan diri saya yang sebenar,” katanya.
Walaupun melancarkan rancangannya sendiri, Tamara sememangnya peminat setia program realiti TV dan dia kerap menulis di Twitter menge�nai X Factor sejak rancangan itu bermula.
Sabtu lalu, dia menyalahkan seluar panjang ketat dipakai peserta program itu, Frankie Cocozza kerana ia menjejaskan suaranya.
Selepas menyuarakan minatnya kepada Johnny Robinson dan Misha B, dia menulis: “Frankie tidak mempunyai suara yang hebat dan saya setuju dengan kedudukannya pada dua tangga paling bawah. Mungkin seluar ketat dipakai menjejaskan suaranya.”
Sementara itu, Shields adalah jurugambar paling sensasi merentasi Atlantik pada masa ini dan pernah melakukan sesi fotografi bersama Lindsay Lohan, Heather Morris daripada siri Glee dan Mischa Barton.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: