Tuesday, October 25, 2011

Ramai artis India berbakat

BAKAT JADI TUMPUAN...dari kiri,  Bkay, Kenchana dan Nicole
BAKAT JADI TUMPUAN...dari kiri, Bkay, Kenchana dan Nicole

BUKAN mudah untuk bertahan dalam dunia seni terutama dalam pasaran drama mahupun filem Melayu jika seseorang itu berbangsa asing.

Tahap disiplin yang tinggi selain kebolehan menguasai bahasa Melayu dengan baik menjadi kelebihan buat artis untuk bertahan. Perkara itu diakui pelakon popular berbangsa India, Kenchana Dewi.

  • Foto

    BANYAK PILIHAN...Bkay, Nicole dan Kenchana tidak melepaskan peluang membeli-belah di Brickfields.

  • Foto

    KENCHANA...alu-alukan pembabitan artis India

  • Foto

    NICOLE...aktif semula dalam bidang seni.

  • Foto

    BKAY...harap dapat lakonkan lebih banyak watak mencabar.

Hakikatnya, Kenchana yang popular menerusi drama bersiri Puteri di TV3, membuktikan kemampuannya meneruskan gelaran antara pelakon bukan Melayu yang menonjol biarpun selepas lebih dua dekad bergelar anak seni.

Sikap ramah dan sentiasa ceria membuatkan anak jati Kuala Lumpur ini cukup disenangi. Tidak dinafikan kejayaan menempatkan diri dalam kelompok pelakon dan pelawak wanita popular tanah air bukan perkara mudah untuk dicapai. Dia sentiasa tidak tercicir dalam senarai Artis Komedi Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian sejak 2008.


Komitmen tinggi yang ditunjukkan ibu tiga anak ini turut menjadi contoh kepada barisan pelakon baru, Bkay Nair dan Vilas Nicole Nair yang dipilih untuk menjayakan fotografi khas sempena Deepavali yang disambut kaum India, esok.


Tidak cukup beraksi di studio, mereka di bawa berkunjung ke Mini India di Brickfield yang menjadi sebutan sebagai lokasi mendapatkan pelbagai barangan untuk persiapan Deepavali.

Bermula dengan makanan, diikuti pakaian tradisi India sehingga pelbagai kelengkapan perhiasan rumah pelbagai warna menceriakan suasana di bazar berkenaan. Sesekali gelagat mereka diperhatikan peminat. Ramai yang tertanya-tanya sesi fotografi berkenaan untuk majalah atau akhbar mana?

Dalam keadaan hujan renyai mereka begitu bersemangat melihat pelbagai pakaian dan makanan yang dijual di kaki lima sepanjang jalan utama berkenaan.

Kenchana gembira dan berasa bertuah kerana masih diberi kepercayaan serta mendapat sokongan daripada banyak pihak sepanjang terbabit dalam dunia seni.

Padanya, bakat baru tidak kira apa bangsa sekalipun sentiasa diperlukan demi memastikan dunia seni tidak ketandusan bakat dalam dunia lakonan.

“Kalau boleh memang saya mahu lebih ramai artis berbangsa India menyahut cabaran dengan memasuki industri seni tempatan. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan artis India sebelum ini hanya tampil dengan beberapa drama atau filem sebelum hilang seterusnya tidak diketahui status mereka.

“Hendak diikutkan, negara kita mempunyai ramai artis India yang berbakat dan mahir berbahasa Melayu serta Inggeris dengan baik. Cuma mereka jarang diberi peluang dan kurang pendedahan, “ katanya.

Kenchana yang juga Penga�rah Urusan, KancanaShati Production Sdn Bhd, berusaha menampilkan bakat baru untuk drama atau program terbitan�nya. Begitupun, tegas Kenchana, seseorang artis itu perlu pandai membawa diri, ikhlas dan berdisiplin dalam setiap perkara yang dilakukan untuk terus bertahan dalam industri seni.

Mengenai Deepavali, bagi Kenchana, ia adalah sambutan yang cukup bermakna buat masyarakat India. Bukan saja mengingatkannya kepada adat tradisi India, sebaliknya masa yang paling sesuai untuk beramah mesra dan berkumpul bersama keluarga memandangkan kebanyakan mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing.

“Tidak dinafikan walaupun dunia semakin moden, tetapi setiap kali perayaan ini saya pasti mengikut adat tradisi. Walaupun saya daripada keturunan naidu (orang Telegu India), namun saat perayaan seperti ini memang dinantikan memandangkan sambutannya hanya setahun sekali.

“Kebiasaannya pada perayaan ini saya memastikan semua juadah makanan tradisi pasti tersedia. Kebanyakannya saya masak sendiri. Tidak lupa juga pakaian tradisi seperti sari dan punjabi.

“Saya juga gemar menghias rumah dengan cantik serta meng�ubah sendiri kolum sempena Deepavali,” kata Kenchana yang bakal muncul menerusi program Vartha Illai dan drama Melayu, Satu Pagar di TV1 serta muzikal sempena Deepavali, Jodoh Deepavali pada 26 Oktober di TV3 jam 5.25 petang.

Sementara itu, Bkay Nair yang semakin menjadi sebutan selepas tampil menerusi filem Ratu The Movie, teruja dapat digandingkan bersama pelakon senior. Malah, bagi Bkay, Kenchana boleh diangkat sebagai ikon masyarakat India kerana kejayaan dan reputasinya dalam dunia seni tanah air.

Seperti kebiasaannya gadis keturunan India Malayali, BKay menyambut Deepavali dengan sederhana. Dia yang bakal tampil dalam filem Scandal arahan Din CJ tidak lama lagi berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada pelakon berbangsa asing untuk bertapak dalam dunia seni.

Penampilan mereka menjadikan ia sebagai satu persai�ngan yang sihat dalam industri hiburan tanah air.

“Saya harap dapat diberi peluang dan watak yang lebih mencabar. Saya suka mencabar diri sendiri untuk melakukan yang terbaik untuk setiap watak yang diberikan. Saya menjadikan kerjaya seni sebagai satu bidang yang serius dan tempat mencari rezeki,” katanya.

Gadis jelita dan juga duta jenama tekstil terkenal Gayathri, Vilas Nicole Nair yang hampir dua tahun berehat dalam dunia seni dek kesibukan mengusahakan produk kecantikan, berazam untuk membuat kemunculan semula dalam dunia hiburan tanah air.

Sepanjang terbabit dalam dunia seni, Nicole yang masih aktif dalam bidang modeling, pernah membintangi drama Sesuci Aidilfitri bergandingan dengan Kenchana Dewi selain telefilem Chef Masam Manis Empat Rasa dan Impian.

“Kali terakhir saya terbabit dalam lakonan tahun lalu. Memang saya rasa rindu untuk beraksi di hadapan kamera. Bukan me�nyepi dari industri seni sebaliknya saya terikat dengan komitmen lain,” katanya.

Selepas hampir sedekad menyambut perayaan dalam suasana sedih kerana kehila�ngan abang tersayang akibat kemalangan, baru kini anak bongsu daripada lima beradik itu mula merasai suasana me�nyambut Deepavali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: