Monday, October 17, 2011

Pencarian Gadis Simply Pretty Avon


PENCARIAN Gadis Simply Pretty dilancarkan untuk mencari gadis jelita dengan produk terbaharu Avon Simply Pretty.


BUAT julung kalinya, jenama kosmetik dan kecantikan popular di Malaysia, Avon melancarkan kempen Pencarian Gadis Simply Pretty Avon 2011 sepanjang bulan Oktober ini. Kempen yang menawarkan hadiah wang tunai dan produk Avon tersebut mencari golongan wanita berwajah manis dan ceria hasil rias solekan menawan terutamanya menggunakan koleksi kosmetik terbaharu Avon, Simply Pretty.

Selain itu, barisan juri profesional turut menilai peserta dari aspek penampilan, aksi di depan lensa kamera dan fotogenik. Kriteria berkenaan seiring dengan hadiah kempen yang memberi peluang kepada tiga orang pemenang utama muncul dalam risalah Avon.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam Avon Cosmetics (M) Sdn. Bhd., Elaine Aisyah Abdullah, kempen Pencarian Gadis Simply Pretty Avon 2011 diperkenalkan serentak dengan pelancaran koleksi mekap Simply Pretty yang disasarkan buat golongan remaja, pelajar dan wanita yang baru memasuki dunia pekerjaan.

“Rangkaian produk terbaharu ini bukan saja hadir dalam pelbagai item dan warna malah, ia dijual pada harga yang berpatutan. Ia ideal digunakan oleh kumpulan pelajar dan pekerja baharu yang ingin tampil ceria dan menawan tanpa perlu berbelanja tinggi bagi membeli alat mekap.


SUDUT jualan produk Avon sempena pelancaran produk Simply Pretty.


“Produk Simply Pretty yang diperbuat daripada adunan ekstrak semula jadi bertindak menjaga kesihatan kulit dan membantu menyuntik penampilan wajah ceria dan mempesona,” terang Elaine mengenai produk Simply Pretty yang terdiri daripada bedak asas, pemerah pipi, pembayang mata, maskara dan pensil mata. Ini termasuklah salap bibir, pengilat dan pensil bibir.

Sesi transisi

Sempena pelancaran produk Simply Pretty sekali gus kempen Pencarian Gadis Simply Pretty Avon 2011 yang dimulakan awal Oktober lalu, kempen itu dimeriahkan dengan kaunter jualan produk Avon, sudut solekan dan sesi fotografi.

Selepas membeli produk Simply Pretty bernilai RM40, peserta perlu menjalani sesi transisi solekan kendalian barisan jurusolek profesional Avon, sebelum melakukan sesi fotografi. Hasil foto terbaik dicetak untuk dinilai para juri dan markah turut diambil kira berdasarkan jumlah ‘likes’ di gambar peserta yang dipaparkan dalam laman sosial facebook: www.fac book.com/AvonMy .

Dalam pada itu, salah seorang peserta kempen Pencarian Gadis Simply Pretty Avon 2011, Aizam Razali, 20, menyifatkan pertandingan itu bukan saja memberi peluang kepada wanita mempelajari teknik solekan yang betul daripada jurusolek Avon malah, secara tidak langsung meningkat keyakinan diri peserta.


TAMPIL anggun dan jelita dengan produk Avon Simply Pretty.


“Sebelum ini saya kurang selesa untuk menyertai pertandingan seperti ini kerana perlu beraksi di depan lensa kamera, apatah lagi ia dianjurkan di tempat yang terbuka. Namun, kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu saya mengumpul keberanian dan membuang rasa malu.

“Paling mengujakan selepas wajah disolek, rasa malu itu hilang sedikit demi sedikit memandangkan mood ceria mula menguasai diri. Bagi saya produk Simply Pretty sememangnya ideal buat remaja kerana ia hadir dalam rona ceria dan terang,” jelas Aizam yang tampil manis dengan calitan pembayang mata palet ungu dan olesan gincu bibir rona pic.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang tidak dapat hadir pada acara Simply Pretty di Berjaya Times Square, anda masih berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan tersebut dengan cara membeli barangan Simply Pretty bernilai RM40 dan dan menghantar resit pembelian dan gambar ke marketing.my@avon.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: