
Ketua Pegawai Operasinya, Jean Pascal Overbeke berkata, pengiktirafan ini adalah penghargaan berharga dan Maxis berbesar hati dengan pengiktirafan untuk segala inisiatif perkhidmatan pelanggan Maxis.
“Di Maxis, perkhidmatan pelanggan tidak terbatas kepada satu jabatan tertentu, tetapi diterap dalam keseluruhan organisasi kami. Pelanggan kami adalah fokus inovasi yang mendorong kami untuk terus menempatkan teknologi bagi memenuhi keperluan komunikasi mereka yang sentiasa berkembang.
“Kemenangan Maxis di CCAM mencerminkan komitmen mendalam kami untuk menyediakan pelanggan dengan kualiti tertinggi dan memastikan mereka mendapat pengalaman terbaik,” katanya.
Maxis menduduki tempat teratas dalam kategori utama termasuk Anugerah Emas untuk Pusat Perhubungan Dalaman Terbaik melebihi 100 tempat duduk yang juga merupakan tahun kedua berturut-turut Maxis memenangi anugerah ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: