
Program yang menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa itu berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Mac 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Bertemakan ‘Menjalin Perniagaan Baru dan Kerjasama Strategik’, pameran itu nanti akan menjadi medium kepada lebih 160 jenama utama untuk mengisi 208 ruang pameran yang meliputi keluasan melebihi 4,600 meter persegi, sekali gus menjadikannya sebagai pameran keselamatan maklumat terbesar di rantau ini.:
Pameran itu memfokuskan mengenai perdagangan kukuh yang menghubungkan pemilik perniagaan dengan pembeli, memperluaskan pasaran dagangan serta pertunjukan produk perniagaan dan peluang jalinan rangkaian luas, termasuk sesi suai kenal dalam kalangan rakan niaga bagi membantu mewujudkan jalinan interaksi berkesan.
ISWEC 2012 dilaksanakan bagi memenuhi cabaran risiko pencerobohan keselamatan maklumat yang semakin serius dan kadar perbelanjaan pengurusan keselamatan maklumat antara organisasi yang kian meningkat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abd Karim yang hadir semasa pratonton ISWEC 2012 berkata, pameran itu akan menjadi tanda aras penglibatan Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab dan komitmennya untuk menjadi hab keselamatan siber di rantau ini.
“Isu keselamatan maklumat perlu diberi perhatian serius bukan saja bagi organisasi kerajaan bahkan juga, organisasi korporat agar dapat dipastikan segala data sulit dan penting dilindungi dan tidak terdedah kepada pihak lain yang boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan atau kegiatan yang berniat jahat,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: