Monday, October 3, 2011

Liz Hurley bertunang dengan bekas pemain kriket


LIZ HURLEY


LONDON - Bekas pemain kriket Australia, Shane Warne dan aktres, Liz Hurley telah mengikat tali pertunangan ketika mereka bercuti ke Scotland, lapor media semalam.

Warne melamar Hurley selepas makan malam romantik pada Jumaat lalu di sebuah hotel eksklusif di St. Andrews yang terletak di pantai timur Scotland.

Ia merupakan lokasi bintang sukan itu mengambil bahagian dalam kejohanan golf.

Warne, 42, melutut dan menanyakan soalan istimewa di hadapan tetamu restoran lain.

Apabila Hurley bersetuju, pasangan itu diberikan tepukan gemuruh, lapor akhbar Mail on Sunday dan Sunday Telegraph.

Gambar-gambar menunjukkan pasangan itu tersenyum sambil memegang lengan di antara satu sama lain di padang golf pada Sabtu lalu.

Hurley, 46, memakai cincin pertunangan yang dihiasi berlian.

Semasa Hurley bertemu dengan Warne pada Disember lalu, aktres tersebut masih berkahwin dengan ahli perniagaan India, Arun Nayar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: