![]() |
| ZALEHA menunjukkan biskut tart nanas yang akan dipertandingkan pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 di Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR – Keinginan untuk bertemu dengan Chef Liza Zainol mendorong seorang peminatnya untuk bertanding dalam Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 pada 26 Jun ini di AEON AU2, Setiawangsa di sini.
Menurut suri rumah dari Keramat itu, Zaleha Husin, 42, cara penyampaian Chef Liza ketika mengajar memasak di kaca televisyen menyebabkan dia begitu meminati selebriti chef tersebut sejak lapan tahun lalu.
“Saya teringin berjumpa dengan Chef Liza sebab itu saya mahu bertanding. Menang atau kalah tidak penting asalkan dapat berjumpa dengannya yang akan menjadi juri nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Zaleha berkata, dia akan menghantar resipi biskut tart nanas yang memiliki keistimewaan tersendiri dan sememangnya digemari oleh pelanggan yang menempah juadah itu daripadanya.
“Biasanya, lima jam diperlukan untuk membuat inti biskut tart yang diperbuat daripada nanas. Kebanyakan orang hanya membeli jem nanas di kedai tetapi saya memasaknya sendiri.
“Inilah antara rahsia menyebabkan saya mampu menjual biskut itu sebanyak 100 bekas sebulan dan memperoleh pendapatan RM500 setiap bulan,” ujar ibu kepada lima orang anak itu.
Zaleha menjelaskan, dia mula menerima tempahan daripada orang ramai secara kecil-kecilan sejak enam tahun lalu dan ia dapat meringankan beban suaminya menyara keluarga.
“Seorang rakan baik saya yang mengajar cara untuk membuat biskut itu. Saya gembira kerana biskut yang dihasilkan mendapat sambutan serta dijual di beberapa restoran di sekitar Lembah Klang,” katanya.
Kek, biskut diperbuat guna minyak jagung Daisy sedap, rangup – Pengguna
KUALA TERENGGANU – Lembut, gebu, sedap, rangup, halus dan menyihatkan. Itu antara reaksi orang ramai ketika ditemui pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Timur di Giant di sini kelmarin selepas mencuba biskut dan kek menggunakan minyak jagung Daisy. Malah kebanyakan mereka mahu menggunakan minyak yang bebas kolestrol dan diperkaya dengan vitamin E serta Omega 6 itu dalam resipi untuk sambutan lebaran kira-kira tiga bulan lagi.
Salah seorang pengunjung, Maznah Ghani, 44, berkata, biskut dan kek yang dicubanya sangat berbeza dengan hidangan yang dibuat menggunakan mentega. “Selama ini saya tidak tahu bahawa minyak jagung Daisy boleh digunakan untuk membuat kuih tetapi selepas mencuba resipinya, saya tertarik untuk menggunakan produk ini pada hari raya nanti,” katanya di sini. Sementara itu, menurut seorang tukang masak, Mohd. Ridzuan Othman, 31, minyak jagung Daisy akan digunakan sepenuhnya untuk membuat juadah bagi dinikmati keluarganya. “Saya rasa tidak puas memakannya dan ia sangat sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan biskut dan kek,” katanya.
Seorang jurujual, Nor Azita Che Mohamad, 20, berkata, dia telah menghidangkan biskut serta kek menggunakan minyak jagung Daisy sejak tiga tahun lalu kepada tetamu semasa hari raya dan menerima reaksi yang baik daripada mereka. “Sebelum ini saya hanya tempah melalui rakan yang menggunakan minyak jagung ini untuk buat kuih tetapi untuk hari raya tahun ini saya ingin cuba buat sendiri,” ujarnya.
Bagi pelajar, Nurul Syazwani Che Lazim, 22, pula beranggapan, pertandingan itu mendedahkan banyak kegunaan minyak Daisy yang selama ini tidak diketahui oleh orang ramai.
Resipi ibu beri ilham kepada Redzuan
![]() |
| Redzuan |
KUALA LUMPUR – Kenangan bersama ibu semasa kecil memberi ilham kepada Mohamad Redzuan Ngadimin, 27, untuk mempertandingkan biskut tart nanas resipi wanita tersebut pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011.
Beliau berkata, ibunya, Rokiah Abdul Taib, 54, kerap membuat biskut tersebut setiap kali menjelang hari raya. Ujarnya, biskut yang dihasilkan ibunya sangat menyelerakan kerana dihasilkan menggunakan resipi istimewa. “Dengan memanfaatkan resipi yang diajar oleh ibu, saya yakin akan berpeluang untuk memenangi pertandingan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Redzuan, biskut tart nanas yang dihasilkannya juga menjadi lebih enak selepas dicampurkan dengan minyak jagung Daisy. “Rasanya jadi lebih rangup, gebu dan warnanya yang cantik memberikan saya keyakinan untuk menyertai pertandingan peringkat Zon Tengah pada 26 Jun ini,” tambahnya. Mohamad Redzuan berkata, dia akan menggunakan pengalaman pada pertandingan tahun lalu untuk menghasilkan biskut yang lebih lazat. Katanya, pada tahun lalu dia dipilih di antara 20 peserta terbaik namun gagal menjadi lima peserta di peringkat akhir. “Kali ini saya menamakan resipi saya sebagai Biskut Tart Gulung Aurani dan harap-harap ia akan membawa tuah,” katanya yang menjalankan perniagaan sendiri.
Penyertaan Zon Tengah ditutup dua hari lagi
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang ingin menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Tengah pada 26 Jun ini diminta untuk mendaftar segera sebelum tarikh tutup penyertaan pada Rabu ini. Menurut Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharudin, penyertaan bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu biskut dan kek masih terbuka kepada mereka yang berminat. “Kita telah tetapkan kuota bagi kategori biskut ialah sebanyak 15 penyertaan dan jumlah yang sama untuk kategori kek. Jadi jangan terlepas peluang untuk menyertainya sebelum penyertaan ditutup pada Rabu ini,” katanya di sini semalam.
Tambah beliau, sambutan hangat yang diterima boleh menyebabkan permohonan pada saat-saat akhir terpaksa ditolak pihak penganjur. “Kami berharap mereka yang berminat tidak berlengah-lengah kerana ia mungkin menyebabkan mereka terlepas peluang untuk turut serta,” ujarnya. Pertandingan itu akan berlangsung di pusat beli-belah AEON AU2, Setiwangsa di sini. Orang ramai boleh menghubungi talian 03-92210202 atau 017-8722262 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk menyertai cabaran tersebut.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: