|
|
TIDAK kisah apa jenis bentuk badan yang dimiliki. Apa yang penting harus berasa selesa dan yakin dengan diri sendiri. Maknanya, sama ada terlalu gemuk atau kurus bukanlah lagi alasan untuk memencilkan diri daripada berfesyen.
Jangan risau kerana Ms. Read, jenama pakaian untuk mereka bersaiz XL menzahirkan keceriaan musim panas menerusi koleksi terkininya yang mengambil inspirasi daripada percutian penuh bergaya.
Mengetengahkan motif cetakan bunga, warna-warna ceria dan terang serta penggunaan fabrik ringan dan sesuai dengan cuaca, menjadikan koleksi kali ini amat ideal untuk wanita Malaysia.
Fabrik yang dimaksudkan adalah dari jenis viskos ringan, jacquard, kapas lembut dan jatuh melekat di tubuh cukup untuk memberikan keyakinan ketika bergaya pada cuaca panas.
Apatah lagi memakainya umpama berjalan di tempat redup kerana tidak memberikan rasa panas dan ketidakselesaan terutamanya pada musim panas ini.
Lebih menarik, bukan sahaja koleksi baju kasual dan formal diperkenalkan malah buat pertama kalinya juga Ms. Read melancarkan baju mandi untuk wanita berisi.
Memang pakaian mandi sering menjadi agenda memalukan bagi mereka yang punya tubuh berisi.
Mereka sanggup tidak turun ke kolam renang kerana khuatir bentuk badan menjadi fokus mata orang keliling.
Apa yang pasti pengenalan rangkaian pakaian mandi Ms. Read melengkapi penampilan bergaya anda untuk musim panas kali ini.
Dalam pada itu kempen media bagi koleksi terbaru ini turut menarik perhatian apabila ia dikolaborasikan bersama lakaran-lakaran yang menarik.
Lakaran berkonsep percutian dengan sekuter, payung dan khemah di tepi pantai cukup senergi dengan koleksi busana yang ditampilkan.
Sementara itu bagi memudahkan pencarian pelanggan, Ms. Read turut melancarkan laman sesawang www.msreadshop.com yang lebih mudah untuk pelanggan membeli secara dalam talian.
Dari menu Apa Terbaru juga akan menampilkan koleksi terkini serta saiz yang lebih terperinci untuk pelanggan mudah memilih.
Jika anda lebih yakin untuk merasai dan melihat sendiri koleksi Ms. Read, sila berkunjung ke butik Ms. Read yang terletak di pusat-pusat beli-belah terkenal seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: