Tuesday, June 7, 2011

Timberlake dan Kunis saling meraba


JUSTIN TIMBERLAKE dan Mila Kunis mengumumkan nama pemenang kategori pelakon lelaki terbaik dalam Anugerah Filem MTV di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Timberlake meraba pelakon Mila Kunis di hadapan penonton semasa mereka ditugaskan mengumumkan pemenang pada Majlis Anugerah Filem MTV di sini kelmarin.

Para penonton terkejut dengan tindakan Timberlake, 30, meraba baju di bahagian payu dara Kunis, 27, selepas dia menyatakan bahawa mereka tidak pernah keluar bersama selepas digosip mempunyai hubungan cinta oleh pihak media.

Timberlake yang sudah berpisah dengan kekasihnya, pelakon Jessica Biel sebelum ini digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Kunis.

Kunis turut meraba seluar di bahagian kemaluan Timberlake semasa dia diraba.

Kedua-dua mereka kemudian menyampaikan anugerah pelakon lelaki terbaik kepada aktor Robert Pattinson yang membintangi filem Twilight.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: