David de Gea
KEJUARAAN Eropah bawah 21 bakal bermula minggu ini dengan penampilan beberapa pemain terhangat di Eropah. Enam pemain dijangka menyerlah dalam kejohanan selama dua minggu di Denmark.
David de Gea, 20, Sepanyol
Penjaga gol itu menunjukkan peningkatan ketara daripada pilihan keempat sebagai penjaga gawang di Atletico Madrid sebelum dijual kepada Manchester United dengan bayaran STG18 juta (RM89 juta). Semua itu berlaku dalam tempoh 18 bulan.
Peningkatan luar biasa itu adalah hasil kelincahannya dan keupayaannya menahan jaringan. Dijangka menjadi pengganti Iker Casillas sebagai penyarung jersi nombor satu Sepanyol.
Christian Eriksen, 19, Denmark
Pemain tengah Ajax itu adalah antara bakat paling dikehendaki di Eropah selepas disenaraikan sebagai anggota skuad senior.
Menguasai bola de�ngan baik, dia sering melakukan serangan dari bahagian tengah sebelum menyudahkannya dengan rembatan kencang. Pemain penting bagi skuad tuan rumah.
Tomas Pekhart, 22, Republik Czech
Penyokong Tottenham pastinya mengenali penyerang tinggi itu yang gagal beraksi cemerlang sepanjang tiga setengah tahun bersama kelab itu ketika remaja.
Sejak meninggalkan Spurs, Januari lalu dia menjaringkan 28 gol dalam 48 perlawanan menerusi liga perdana Repub�lik Czech, bakal berpindah ke Nuremberg.
Dia mempunyai rekod jari�ngan menakjubkan di peringkat remaja dengan 16 daripada 22 penampilan untuk skuad bawah 21 tahun.
Gylfi Sigurdsson, 21, Iceland
Ramai yang mungkin membantah harga STG7 juta (RM34.5 juta) yang diletakkan kepadanya ketika dia meninggalkan Reading musim lalu untuk menyertai pasukan Jerman, Hoffenheim.
Biarpun sering diturunkan sebagai pemain gantian, pemain tengah itu menjaringkan 10 gol dan dinamakan Pemain Terbaik Pilihan Peminat Musim Ini.
Daniel Sturridge, 21, England
Selepas kariernya tidak menjadi di Chelsea, pemain yang dipinjamkan kepada Bolton musim ini akhirnya membuktikan keupayaan sebenarnya.
Mampu menyudahkan jaringan dengan cemerlang di depan gawang, jaringannya pasti cukup penting jika skuad Three Lions mahu tampil hebat di Denmark.
Xherdan Shaqiri, 19, Switzerland
Pemain sayap FC Basel membuktikan kemampuannya dengan jaringan jarak jauh ketika menentang England, September tahun lalu.
Pemain yang mempu�nyai kaki kidal yang hebat, mampu menyusup dari bahagian sayap kanan untuk mencetuskan masalah buat pertahanan lawan, seperti yang dialami Ashley Cole di Wembley, Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: