Kulitnya putih gebu. Wajahnya cantik, halus dan mulus. Bentuk badannya pula berfigura ala gitar. Itulah si jelita Rozita Che Wan. Dia tidak pernah gagal meraih cemburu daripada wanita-wanita lain yang tentunya mendambakan kecantikan seperti dirinya.
Percaya atau tidak, anda juga sebenarnya boleh menjadi cantik dan anggun seperti Rozita, kalau kena dengan caranya.
Peluang ini disediakan oleh Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera dan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd menerusi penganjuran Ratu Kebaya 2011 edisi Melaka pada 2 Julai ini.
Program yang turut mendapat kerjasama produk kosmetik Forest’ Secret ini bakal berlangsung di Taman Rempah, Pengkalan Rama, Melaka bermula pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.
Selain Ratu Kebaya, turut diadakan bengkel cantik sihat dimana peserta berpeluang berkongsi petua kecantikan dan penjagaan kesihatan daripada pelakon jelita ini secara eksklusif.
Malah, anda juga berpeluang untuk berada lebih dekat dengan Rozita dan beramah mesra dengannya.
Bengkel juga akan diisi dengan slot bersama Jamu Mak Dara yang akan dikendalikan oleh pengasas produk tersebut iaitu Ibu Halimah Shuib.
Ibu Halimah akan berkongsi petua tradisional yang memfokuskan bukan sahaja pada luaran, tetapi penjagaan kesihatan dalaman.
Selain itu, peserta bengkel boleh mempelajari teknik solekan profesional untuk acara siang dan malam menerusi slot bersama Forest' Secret.
Dalam pada itu, wang tunai berjumlah RM500 serta hamper tajaan Forest’ Secret bernilai RM500 turut menanti peserta bertuah yang memenangi gelaran juara.
Diadakan pada hari yang sama, pertandingan dibuka kepada semua wanita yang berusia 18 tahun ke atas.
Keutamaan adalah bagi wanita yang berpewatakan menarik, ceria dan berkeyakinan tinggi.
Dibuka kepada dua kategori, kategori A adalah bagi peserta yang mempunyai berat badan di bawah 59 kilogram.
Sementara kategori B pula dibuka kepada wanita yang memiliki berat badan 60 kilogram ke atas.
Bayaran pendaftaran untuk menyertai bengkel dan pertandingan yang dikenakan cuma RM80 seorang.
Menariknya, setiap penyertaan akan menerima produk jamu Mak Dara, cenderahati iringan eksklusif, termasuk makan dan minum sepanjang bengkel diadakan.
Selain membawa wang tunai, juara Ratu Kebaya di peringkat saringan ini juga layak untuk bersaing dengan peserta lain di peringkat akhir yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.
Selain gelaran Ratu Kebaya, peserta akhir juga bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM5,000, hamper serta pakej pelancongan ke Bali, Indonesia selama tiga hari dua malam.
Bukan itu sahaja, peserta yang dipilih sebagai Ratu Kebaya juga berpeluang menjadi model produk Jamu Mak Dara dan Forest’ Secret.
Selepas Melaka, acara selanjutnya ialah pada 9 Julai di Tapak Expo, Majlis Daerah Bera Pahang yang turut menyaksikan kehadiran Rozita sebagai pengendali bengkel kecantikan dan juri pertandingan Ratu Kebaya.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program, apa tunggu lagi, hubungi 019-2247191 (Kelly) atau 017-3448644 (Athirah) untuk pertanyaan lanjut.
Tunggu apa lagi, daftarlah sekarang!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: