MENYEDARI persaingan sengit antara stesen-stesen radio di Malaysia, stesen radio Suria FM dan Red FM juga tidak ketinggalan mempergiatkan aktiviti dan menampilkan kelainan.
Sebelum ini, Suria FM baharu sahaja merasmikan sebuah lagi studio barunya di Sabah yang dikenali dengan nama Suria FM Sabah. Suria FM Sabah akan dikendalikan oleh penyampai Othoe, Dudu dan Velvet.
Bukan itu sahaja, Suria FM turut memperkenalkan penyampai baharunya yang merupakan seorang pelakon dan pelawak terkenal iaitu Sharifah Shahira. Isteri kepada Ijoy Azari itu mengendalikan segmen pagi Breakfast@Suria.
Untuk Red FM pula, barisan penyampainya juga berubah. Red FM Breakfast Show dikendalikan oleh Rudy dan Jeremy manakala segmen Eleven 2 Three pula dike endalikan oleh Lexie. Terry pula masih kekal dalam segmen Drive Show.
Terkini, stesen itu bersama dengan Red FM melancarkan pula dua buah kenderaan jenis Chery Tiggo sebagai usaha menjalankan pelbagai aktiviti menarik secara lebih dekat dengan pendengar.
“Kami sangat berbangga untuk mengumumkan bahawa inilah kenderaan baru untuk Suria Wheels (Suria FM) dan Red Ryders (Red FM). Secara tidak langsung ia juga merupakan kenderaan rasmi stesen kami,” kata Ketua Pegawai Operasi Suria FM & Red FM, Azrullah Mohd. Nor.
Katanya, kenderaan itu dijadikan unit bergerak untuk melakukan lintasan di setiap lokasi yang dipilih. Selain menganjurkan pelbagai permainan menarik, unit itu turut memberi pelbagai barangan secara percuma kepada orang ramai.
“Krew Suria wheels ini diketuai oleh Mickey, Mawar, AK dan Capit manakala Red Ryders pula diketuai oleh Nicholas dan Preya,” katanya.
“Kenderaan baru ini merupakan langkah dan perancangan terbaharu Suria FM dan Red FM dalam memajukan stesen ini di masa akan datang,” kata Azrullah.
Ujarnya, terdapat beberapa penyampai baharu turut diperkenalkan di Red FM iaitu Mynn, Linora dan Arnold. Ketiga-tiga penyampai tersebut merupakan bakat yang dicungkil melalui peraduan ‘Rudy’s Recruit’ tahun lalu. Pemenang peraduan ‘Rudy’s Recruit’ iaitu Mynn digabungkan bersama Linora dalam segmen Late Night Love Songs manakala Arnold pula dalam segmen Evening Show,” katanya.
Majlis Suria FM dan Red FM pada hari itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: