Thursday, June 16, 2011

Suami urus Ning sepenuhnya

PESONA BINTANG...sudah 18 tahun Ning menjadi artis rakaman.
PESONA BINTANG...sudah 18 tahun Ning menjadi artis rakaman.

MASUK tahun ini, genaplah 18 tahun pe�nyanyi bersuara pop soprano, Ning Baizura Hamzah berkecimpung dalam industri hiburan. Pengalamannya sudah cukup luas dan boleh dilabel sebagai ‘senior’ kerana sehingga saat ini namanya masih kukuh dalam kalangan peminat dan baru saja selesai menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia 9 (AF9).

Pelbagai lapangan seni sudah dicuba Ning, selain bidang nyanyian menjadi fokus utamanya. Ning turut menceburi bidang lakonan demi mengasah bakatnya. Ternyata percubaan Ning berjaya kerana lakonan yang dipamerkan dalam beberapa filem yang dibintangi seperti Malaikat Di Jendela, Lady Boss, Magika dan Cun cukup memberangsang�kan.

  • Foto

    PENGURUS BARU...Ning bersama suaminya, Chris.

  • Foto

    BERSERI...Ning tampil ringkas, namun cukup bergaya.

  • Foto

    MESRA...melayan peminat sambil mempromosikan album terbaru.

  • Foto

    INI DIA...Dewa, buah tangan terbaru daripada Ning.

  • Foto

    MENGHIBURKAN...Ning tidak ketinggalan menyanyikan lagu daripada album terbarunya.

Bagaimanapun, pada usia 35 tahun ini, Ning masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya kerana banyak lagi yang perlu dilaksanakan.

Ditemui di sebuah pasar raya di Batu Caves, baru-baru ini, Ning yang menjadi duta kepada produk penjagaan kulit tersohor, Olay Regenerist, sangat berdebar menantikan bagaimana penerimaan peminat terhadap album terbaru berjudul Dewa.


Album ke-15 yang memuatkan lapan lagu itu cukup istimewa buat Ning kerana akhirnya, pembikinan album dibuat 100 peratus mengikut kehendak Ning.


Jika dibandingkan dengan album terdahulu dan album ‘3 Suara’ yang menggabungkan Ning dengan Jaclyn Victor dan Shila Amzah, album Dewa menampilkan cita rasa lebih ‘personal’ berkonsepkan pop moden.

Dengan mempertaruhkan Bila sebagai single pertama, album yang memuatkan lapan buah lagu baru itu dihasilkan dengan adunan arus muzik masa kini dan hampir keseluruhannya berentak ‘up-beat’.

“Album Dewa ini sebenarnya sudah dirancang sejak dua tahun lalu tapi pada masa itu ada banyak sangat halangan untuk menyiapkan album ini ditambah pula dengan persiapan perkahwinan saya.

“Di samping itu, saya juga inginkan lagu yang berkualiti. Sebenarnya banyak lagu sudah dirakamkan, namun oleh kerana tidak berpuas hati, rakaman dibuat semula dan hanya lapan lagu dipilih.

“Saya sungguh bertuah kerana dapat bekerjasama dengan sahabat saya, Audi Mok serta beberapa pencipta lain seperti Nur Fatimah, Ad Samad dan Pam Yuen dalam memastikan album ini mencapai tahap seperti yang saya idamkan.

“Mungkin album ini terlalu moden tapi saya berfikiran muzik inilah yang cukup menggambarkan diri saya pada masa ini selepas menempuhi suka duka sepanjang 18 tahun berjuang. Saya ingin membuktikan muzik perlu seiring dengan arus kemodenan serta mengikut trend masa kini.

“Dalam aspek vokal, saya banyak bermain dengan teknik kerana lagu yang dihasilkan cukup mencabar dan peminat akan mendengar sisi lain vokal saya dalam album ini. Maklumlah, sebelum ini saya lebih dikenali dengan suara soprano dan kali ini lebih pelbagai. Apapun identiti soprano tetap terselit dalam nyanyian saya,” katanya.

Pada hari itu, Ning tidak keting�galan untuk memperde�ngarkan dua lagu barunya iaitu Bila dan Mama Papa kepada pengunjung yang hadir malah turut menghadiahkan albumnya kepada 50 peminat bertuah.

Ning yang turut ditemani suami, Chris Dalton dan ibunya, Satilah Abdullah berkata, dia cukup selesa dengan perjalanan karier seninya sekarang memandangkan suaminya sudah bersetuju menjadi pengurus sepenuh masa.

Sebelum ini pun, industri sudah dikejutkan dengan keputusannya untuk menukar haluan pengurusan dan menubuhkan syarikatnya sendiri. Apabila ditanya, mengapa suami yang dipilih, Ning menjelaskan sebelum ini pun suami banyak membantu menguruskan beberapa perkara.

“Saya rasa lebih senang bekerjasama dengan suami kerana dialah yang paling rapat dengan saya sekarang. Lagipun, dia yang berkeras untuk menguruskan saya dan sanggup berhenti kerja demi membantu Ning.

“Cukuplah pengalaman yang lalu, sekarang ini saya rasa sa�ngat bebas dan pengurusan pun lancar selepas dibantu suami bermula April lalu. Pengalaman lalu banyak mengajar saya berdiri sendiri dalam bidang ini dan yang paling penting perlu sentiasa positif dalam segala hal,” ujarnya.

Memandangkan Akademi Fantasia 9 sudah berakhir, Ning yang diberi peranan sebagai jurulatih persembahan vokal berkata, dia bakal berhadapan dengan satu lagi projek besar. Tidak mahu berahsia, Ning menyatakan perasaan tidak sabar untuk mengadakan konsert solo di KL Life, Oktober depan.

Sudah lama rasanya dia tidak membuat konsert solo. Ning yang kali terakhir mengadakan konsert solo pada 1996, mengakui sangat teruja dengan peluang itu dan berjanji tidak akan hampakan peminatnya. Namun, Ning masih mengharapkan sumbangan daripada penaja untuk membantu dana konsert itu.

Sementara itu, Ning turut me�nyatakan hasrat untuk menubuh�kan sebuah sekolah muzik tidak lama lagi. Perancangan itu sudah lama dibuat, namun belum menemui waktu yang sesuai untuk melaksanakannya.

Menariknya, Ning akan mula belajar muzik dan vokal secara lebih mendalam dengan guru vokal yang tidak asing lagi, Cikgu Syafi AF.

“Setakat ini saya sudah ada sijil biola, namun untuk tujuan pembukaan sekolah muzik itu, saya perlukan lesen yang berkaitan.

“Namun, bukan atas dasar itu saja, saya teringin mempelajari serta mendalami ilmu vokal yang sebenar memandangkan selama ini saya hanya menyanyi semata-mata saja.

“Pembukaan sekolah muzik itu antara impian dan bukti kepada kecintaan saya yang amat mendalam terhadap bidang ini,” ujarnya.

Dalam proses mengukuhkan lagi namanya, Ning tidak terkecuali untuk menggunakan kecanggihan teknologi iaitu Internet bagi mendekatkan lagi dirinya kepada peminat. Buktinya, Ning sudah pun membuat akaun dalam laman YouTube iaitu NingsWorld yang mengandungi rakaman video mengenai aktiviti seninya.

Ning juga mengalu-alukan peminatnya untuk mengikuti perkembangan atau bertanyakan soalan kepadanya OK la buat pg aku baca story, ye sayang...oppps melalui laman sosial facebook serta twitter.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: