Saturday, June 11, 2011

Sentuhan kasih sayang tisu Kleenex


DARI kanan: Selina, Charis dan Sheila Majid merasmikan majlis Sentuhan Keselesaan Bersama Kleenex di Vila Bayu, Sunway Resort Hotel & Spa baru-baru ini.


SAMA seperti tisu Kleenex yang lembut dan memberikan keselesaan, anak-anak kecil juga mendambakan sentuhan kasih sayang daripada ibu bapa mereka dengan kelembutan yang sama.

Kebanyakan ibu bapa kini sangat sibuk sehingga lupa berkomunikasi dan memberi sentuhan kasih sayang terhadap anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah dan rakan-rakan sebaya.

Bagi membantu merapatkan lagi hubungan ibu bapa dan anak, Kleenex tampil membawakan sesi bengkel Sentuhan Keselesaan Bersama Kleenex untuk Ibu di Vila Bayu, Sunway Resort Hotel & Spa, Selangor baru-baru ini.

Bengkel sehari itu menampilkan selebriti Sheila Majid, pendidik kekeluargaan, Charis Patrick dan pakar psikologi klinikal dan pendidikan, Selina Ding yang menyampaikan ceramah mengenai sentuhan kasih sayang terhadap si kecil.

“Kanak-kanak perlu merasai kasih sayang dan keselamatan untuk membesar sebagai individu yang berfikiran positif dan matang. Kasih sayang akan membuatkan anak-anak terasa mereka lebih dihargai,” kata Selina.

Tambahnya, ibu bapa tidak seharusnya terlalu menekankan soal hukuman dalam mendidik anak-anak tetapi menggunakan pendekatan positif untuk mengelak anak-anak daripada memberontak.

“Jika anak membuat salah, anda tidak semestinya menengking atau memukul kerana adakalanya gerak tubuh anda cukup untuk menyatakan tidak bersetuju dengan perbuatannya.

“Anda harus ingat bahawa anak-anak belajar melalui apa yang dilihat di sekelilingnya. Jadi, awasi tingkah laku anda,” ujarnya.

Dalam pada itu, Charis memberitahu, ibu bapa adalah penentu dalam menyediakan persekitaran yang selesa untuk anak mereka belajar dan membesar.

“Perasaan selamat yang datang dalam persekitaran positif dari segi fizikal dan emosi memperkuatkan lagi perhubungan keluarga.

Sheila, ibu kepada empat cahaya mata turut berkongsi pengalaman peribadi dan falsafahnya tentang kepentingan keselesaan diri.

Ini kerana apabila ibu selesa dengan diri sendiri termasuk ketika waktu haid, ia memberi lebih keyakinan kepada si ibu untuk mendekatkan diri dengan anak.

Apabila ibu dapat bersama-sama mengikuti aktiviti anak-anak, si kecil akan merasa mereka dihargai dan ia merangsang pertumbuhan diri yang positif dalam diri mereka.

“Amat penting bagi saya, anak-anak saya membesar menjadi individu yang matang, berupaya menyayangi insan lain dan berbakti kepada masyarakat.

“Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi saya sentiasa mencuba yang terbaik untuk menggabungkan rasa keselesaan dan keselamatan dalam kehidupan mereka. Saya juga berusaha menjadi contoh yang baik bagi memupuk sifat penyayang dan bertimbang rasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: