Saturday, June 18, 2011

Rusa ganjil bakal ada tiga set tanduk


SEEKOR rusa milik seorang petani di Hongtu, Jilin, China kini mempunyai dua set tanduk dan satu lagi set tanduk bakal tumbuh di kepala haiwan itu.


BEIJING - Seekor rusa jantan milik seorang petani, Zhou Dianfu di Hongtu, Jilin, China bakal memiliki tiga set tanduk, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiga set tanduk itu dianggap sesuatu yang amat luar biasa kerana rusa pada kebiasaan hanya mempunyai satu set tanduk sahaja.

Rusa tersebut sudah mempunyai dua set tanduk manakala kini terdapat tanda-tanda bahawa tanduk ketiga akan muncul di kepala haiwan itu.

Menurut Dianfu, rusa peliharaannya itu mengalami kerosakan pada set tanduk yang pertama semasa ia berlawan dengan rusa jantan lain.

Dia berkata, ekoran kerosakan itu, satu set tanduk yang kedua tumbuh semasa set tanduk yang pertama patah.

Haiwan itu bergaduh kerana ia merupakan salah satu cara untuk memikat rusa betina.

Rusa betina akan memilih pasangan berdasarkan kekuatan rusa jantan semasa berlawan.

Dianfu berkata, beberapa saintis turut melakukan kajian terhadap haiwan peliharaannya itu ekoran keganjilan pada tanduk rusa tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: