Thursday, June 16, 2011

Ratapan sang penyu


HANYA satu daripada 1,000 anak penyu yang dilepaskan dikatakan dapat hidup dan menjadi dewasa.


PENYU merupakan antara hidupan reptilia tertua di dunia malah, dikatakan sudah pun hidup sejak zaman dinosaur lagi iaitu 215 juta tahun dahulu. Walaupun sudah lama wujud dengan kelangsungan hayat seseekor penyu mampu mencecah sehingga lebih 100 tahun namun, ia tidak menjanjikan kewujudannya pada masa hadapan.

Rantau Abang yang suatu ketika dahulu menyaksikan banyak penyu belimbing mendarat di pantainya untuk bertelur kini sudah berkurangan. Bahkan, ada laporan menyatakan setiap tahun hanya seekor dua sahaja penyu belimbing yang menjadi ‘tetamu’ di pantai itu.

Selain penyu belimbing dua lagi spesies penyu yang mendarat di Rantau Abang ialah daripada jenis penyu karah dan penyu lipas.

Perbuatan manusia seperti mengganggu haiwan itu bertelur dan tindakan menjadikan telur penyu sebagai makanan dikatakan antara punca penyu belimbing semakin berkurangan.

Baru-baru ini, peluang menyertai Bengkel Memperkenalkan Model Terbaru Nikon dan Cara Memulihara Penyu di Cherating, Pahang membawa penulis mendekati hidupan marin itu.

Kesempatan tersebut membolehkan wakil media melihat sendiri bagaimana usaha gigih Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Pahang yang terletak 55 kilometer dari bandar Kuantan itu dalam memastikan kelangsungan penyu di muka bumi ini.


DENGAN memastikan lebih banyak telur menetas, ia mampu menjamin kelangsungan penyu di muka bumi.


Ketua penerangannya, Abd. Karim Abd. Sham berkata, fungsi pusat itu adalah untuk memastikan telur penyu yang naik di sepanjang pantai Cherating menetas, selain menjadi pusat penerangan kepada orang ramai.

Jika pelepasan anak penyu banyak, maka peratusan penyu yang hidup dan dewasa akan naik. Ia sekali gus melonjakkan juga jumlah penyu dewasa yang akan mendarat kembali untuk bertelur.

“Pada tahun 2010, kami telah berjaya menetaskan sebanyak 12,000 ekor anak penyu daripada 18,000 biji telur yang didapati daripada pendaratan.

“Sebanyak 189 ekor penyu telah naik untuk bertelur tahun lalu dan hampir 50 peratus adalah penyu yang sama,” katanya ketika memberi taklimat kepada semua peserta program bengkel.

Anak-anak penyu yang menetas akan dilepaskan ke laut dan paling lewat masa yang dibenarkan adalah pada pukul 7 malam kerana suasana di pantai waktu itu sudah mulai gelap.

Survival penyu


PUSAT Penerangan dan Santuari Penyu turut memberi maklumat kepada orang ramai mengenai penyu.


“Walaupun mengikut kajian, hanya seekor atau dua daripada 1,000 ekor yang dilepaskan akan hidup tetapi, usaha ini telah terbukti membantu apabila setiap tahun pasti ada penyu mendarat.

Penyu hanya akan naik ke pantai untuk bertelur di tempat ia menetas jadi sebagai tanda pengenalan, pusat penerangan itu telah menanda setiap penyu yang naik di kawasan pantai.

Menurut Abd. Karim lagi, banyak usaha yang telah dilakukan oleh pusat di bawah Jabatan Perikanan negeri Pahang itu kerana selain aktiviti menetas telur penyu, mereka juga cuba memasang Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dengan kerjasama Aquaria KLCC.

Sebanyak 20 set telah dipasang dan ia berjaya membantu pusat tersebut mengesan pola perjalanan haiwan tersebut di serata dunia.

Penyu-penyu dapat dikesan sehingga ke pesisiran laut Vietnam dalam masa tiga hari sahaja, ada juga yang hanya berada sekitar pantai Malaysia.

“Namun, penggunaan alat tersebut melibatkan kos yang tinggi dengan harga RM18,000 sebuah dan ia hanya boleh mengesan kedudukan sahaja.

“Malah, bateri GPS itu hanya mampu bertahan selama 14 bulan,” kata Abd. Karim yang sudah bertugas di pusat itu selama lima tahun.

Santuari dihimpit masalah kewangan


PENJUALAN telur penyu turut mengancam survival hidupan marin itu.


Tambahnya, terdapat cadangan yang menyarankan penyu-penyu dilepaskan ketika ia sudah dewasa iaitu di antara umur 18 hingga 20 tahun supaya bilangan yang hidup dapat ditingkat.

“Cadangan tersebut susah untuk dilaksanakan kerana ia juga melibatkan kos yang tinggi kerana seekor anak penyu menelan kos makanan sebanyak RM6 sebulan serta memerlukan kolam yang besar,” ujarnya.

Pusat Penerangan dan Santuari Penyu itu turut berdepan masalah perbelanjaan dalam pengurusannya kerana tidak lagi menerima peruntukan bermula tahun ini.

“Kini, kami beroperasi dengan hasil sumbangan orang ramai dan jualan cenderamata dan dengan wang yang ada mungkin kami dapat bertahan sehingga bulan Jun ini sahaja.

Tambah Abd. Karim, jika keadaan ini berterusan, kemungkinan nasib yang bakal berlaku pada pusat tersebut kabur.

“Disebabkan tiada peruntukan,

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: