Monday, June 20, 2011

Pertemuan bekas pelajar dan guru SMK Perai


BEKAS pelajar SMK Perai berkumpul pada majlis perjumpaan semula di sekolah tersebut baru-baru ini.


MESRA. Lebih 170 bekas pelajar dan 17 guru diraikan pada Majlis Reunion Bekas Pelajar dan Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri pengetua sekolah berkenaan, Baskaran Kuppiah bersama pengerusi majlis Mohd. Suhaimi Mohd. Sharif yang juga bekas pelajar sekolah terbabit dengan hidangan juadah istimewa, aktiviti dan sukaneka kanak-kanak.

Mohd. Suhaimi berkata, majlis berkenaan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bekas pelajar dan guru selepas berpisah sejak 21 tahun lalu.

"Pada mulanya hanya sebilangan bekas pelajar sahaja yang mengadakan perjumpaan kecil sebelum ini dan mereka bersepakat untuk menyatukan semula semua bekas pelajar dari sesi tahun 1989 hingga 2000 pada majlis bermakna ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: