
KOTA BHARU – Hampir 300 peniaga Pasar Besar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) semalam bertindak berarak ke Istana Balai Besar di sini untuk menyerah memorandum kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammed ke-V. (gambar).
Mereka berkumpul dan berarak ke istana yang terletak kira-kira satu kilometer dari premis perniagaan mereka pada pukul 11 pagi.
Memorandum itu bertujuan meminta campur tangan Sultan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul setelah kemelut melanda mereka sejak lebih setahun lalu.
Selepas kira-kira 15 minit berkumpul di pekarangan istana, memorandum tersebut akhirnya diserahkan kepada Pegawai Pentadbir Pejabat Sultan Kelantan, Rosli Mohamad.
Sebaik sahaja memorandum diserahkan, mereka bergerak pula ke pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini untuk menyerahkan satu lagi memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu yang sama.
Memorandum itu diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Mohamad.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: