Thursday, June 16, 2011

Peniaga kaut untung dipantau


KEBANYAKAN penjual ikan di Pasar Besar Kuantan ini tidak berniaga kerana mendakwa tidak mendapat bekalan semalam.


KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Harga akan memantau harga ikan di pasaran bagi mengelak peniaga mengaut keuntungan secara tidak beretika.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis tersebut akan menyiasat dan mencari bukti peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan sehingga menindas pengguna.

Jelasnya, sekiranya ada peniaga didapati menaikkan harga dan mengaitkannya dengan isu mogok nelayan di tiga buah negeri baru-baru ini, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

“Sepatutnya kenaikan itu tidak berlaku kerana mogok nelayan laut dalam kelas C2 itu tidak membabitkan ikan untuk pasaran tempatan sebaliknya untuk import sahaja,” jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: