Sunday, June 12, 2011

Peniaga dakwa kena sabotaj


PARA peniaga melakukan demonstrasi secara aman membantah pemotongan bekalan elektrik dan air di Pasar Lama MPKB, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - "Ini adalah usaha untuk mensabotaj perniagaan kami.

Itu ulasan Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Ab. Salim Ahmad ekoran pemotongan bekalan elektrik di premis perniagaan mereka secara tiba-tiba sejak kelmarin sehingga menyebabkan semua aktiviti perniagaan lumpuh.

Jelasnya, kata sepakat telah diambil sebelum ini ketika pihaknya berjumpa Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob untuk berpindah ke Bazar Tok Guru selepas beberapa permintaan peniaga dipersetujui oleh kerajaan negeri.

"Sehingga hari ini, kami tidak menerima sebarang surat atau notis pindah ke Bazar Tok Guru malah undian untuk memilih gerai juga belum dibuat.

"Kami terkejut dengan tindakan pemotongan bekalan elektrik dan air tanpa notis sehingga kami semua tidak dapat berniaga," katanya selepas menyertai demonstrasi secara aman di pasar tersebut semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: