KUALA TERENGGANU – Pertandingan mencipta resipi kek dan biskut Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang bakal membuka tirai pada 18 Jun ini memberi peluang kepada peserta mempamerkan bakat dan kemahiran terpendam mereka,
Pengarang Rencana Kosmo!, Najibah Hassan percaya ramai individu mempunyai kebolehan menghasilkan kek dan biskut lazat namun ia tidak diketengahkan.
“Melalui pertandingan ini, mereka boleh berkongsi kebolehan dan rahsia dalam penghasilan kek serta biskut dengan orang ramai menggunakan minyak jagung Daisy,” katanya ketika dihubungi semalam.
Justeru, Najibah berharap penduduk di negeri-negeri Pantai Timur tidak melepaskan peluang menyertai cabaran tersebut yang akan berlangsung di pusat beli-belah Giant dekat sini.
“Kuala Terengganu akan menjadi lokasi pertama daripada empat zon yang telah dipilih bagi Cabaran Daisy Sehebat Chef tahun ini sebelum pusingan akhir dijadualkan berlangsung di Shah Alam.
“Kita menjemput semua pihak termasuklah persatuan-persatuan, para pelajar ataupun individu untuk sama-sama mempamerkan bakat dalam pertandingan tersebut,” katanya.
Beliau menjelaskan, mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan itu hanya perlu menghantar borang penyertaan yang boleh didapati di dalam akhbar Kosmo!.
Ujarnya, di setiap zon, penganjur akan memilih 15 peserta yang berjaya menghasilkan resipi terbaik bagi kedua-dua kategori.
Juara akan meraih RM5,000 dan barangan Tupperware bernilai RM5,000 manakala tempat kedua menerima wang dan barangan Tupperware bernilai RM3,000. Pemenang tempat ketiga pula memenangi barangan Tupperware bernilai RM2,000 dan wang tunai RM2,000.
Ubi vitato ramuan rahsia kek ciptaan Johana
KUALA TERENGGANU – Ubi vitato menjadi pertaruhan Johana Ibrahim, 36, dalam membuat kek unik untuk dipertandingkan pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Timur di sini pada 18 Jun ini.
Johana yang mempunyai pengalaman membuat kek selama 17 tahun berkata, melalui penggunaan ubi segar yang dikisar menjadi tepung, dia mahu menghasilkan kek yang mempunyai rasa kuih tradisional tetapi masih mengekalkan keenakan kek sebenar.
“Selain kek yang enak, saya juga mahu menghasilkan produk yang sihat kerana ubi vitato kaya dengan vitamin A,” katanya ketika ditemui di kedainya di Seberang Takir dekat sini semalam.
Menurut pemilik Galeri Kek Manjaerana ini, tepung kek ubi vitato tidak terdapat di pasaran namun ia tidak menjadi penghalang kerana ubi tersebut banyak dijual di negeri ini.
“Saya terpaksa memproses ubi tersebut menjadi tepung, namun saya yakin hasilnya pasti menyelerakan,” katanya.
Johana sudah mula berlatih membuat kek berkenaan dan hasilnya sangat memuaskan dan dia akan memperbaiki rasanya dalam tempoh seminggu sebelum pertandingan.
Ujarnya, dia pasti pertandingan itu berlangsung sengit dan akan membuat persiapan rapi bagi menghasilkan kek terbaik.
Pembaca Kosmo! berpeluang dapat minyak jagung Daisy
kamilah.mustapha@kosmo.com.my">
|
|
KUALA LUMPUR – Para pembaca setia akhbar Kosmo! berpeluang memenangi minyak jagung percuma Daisy di empat lokasi pertandingan peringkat zon Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011.
Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharudin berkata, hadiah minyak jagung 500 mililiter (ml) itu akan diberikan kepada 200 pembaca di setiap lokasi.
Katanya, para pembaca Kosmo! hanya perlu menukarkan dua kepala akhbar (masthead) akhbar itu di kaunter lokasi pertandingan untuk mendapatkan minyak tersebut.
“Ia hanya terhad kepada 200 pembaca Kosmo! yang paling awal berbuat demikian di kaunter yang akan dibuka mulai pukul 10.30 hingga 11.30 pagi,” katanya di sini semalam.
Pertandingan peringkat Zon Timur akan diadakan di Giant, Kuala Terengganu pada 18 Jun dan Zon Tengah di AEON AU2 Shopping Centre, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun.
Zon Utara pula berlangsung di Star Parade, Alor Setar pada 2 Julai dan diikuti Zon Selatan di Giant, Tampoi, Johor Bahru pada 10 Julai.
Nizam menjelaskan, Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 tidak mengenakan sebarang bayaran kepada para peserta yang berminat menyertainya.
|
|
“Sebaliknya ia memberi peluang kepada mereka yang terpilih sama ada menang atau kalah untuk menerima ganjaran wang sebanyak RM100 bersama hadiah Daisy dan barangan Tupperware bernilai RM100,” jelasnya.
Beliau mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menyahut cabaran itu kerana tarikh tutup pertandingan berbeza di setiap zon.
“Tarikh tutup bagi peringkat zon di Terengganu ialah pada 16 Jun, di Kuala Lumpur pada 23 Jun, di Kedah pada 30 Jun dan 7 Julai bagi yang berada di Johor,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: