Monday, June 20, 2011

Pemain saksofon E Street meninggal


Bruce Springsteen (kanan) dan pemain saksofon Clarence Clemons (kiri) mengadakan persembahan pada konsert pertamanya di Jerman dalam konsert jelajahnya di Eropah di Stadium Olimpik di Munich, selatan Jerman. - AP


NEW YORK 19 Jun - Pemain saksofon kumpulan E Street, Clarence Clemons meninggal dunia, semalam selepas menderita penyakit angin ahmar.

Clemons, 69, yang menderita beberapa jenis penyakit sejak akhir- akhir ini menghidap angin ahmar kira-kira seminggu lalu dan telah menjalani pembedahan, tetapi meninggal dunia akibat mengalami komplikasi, lapor CBS.

Legenda rock Bruce Springsteen yang juga merupakan anggota kumpulan E Street turut meluahkan rasa sedihnya sambil menyifatkan Clemons 'hidup dalam kehidupan yang indah'.

"Dia memberikan sepenuh kemahirannya setiap kali membuat persembahan dan dia juga adalah teman baik serta rakan sepasukan saya," katanya dalam satu kenyataan kepada CNN.

Kali terakhir Clemons muncul bersama Springsteen dan kumpulan E Street ialah pada Disember lalu.

Dia turut menjadi tetamu undangan untuk mengiringi lagu Lady Gaga, The Edge of Glory dalam album baru penyanyi itu, Born This Way.

Clemons yang juga dikenali sebagai Big Man dilahirkan di Noefolk, Virginia dan mula bermain saksofon sejak berusia sembilan tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: