
Naib Presiden Eksekutif Strategi Komersialnya, Datuk Dr Amin Khan berkata, pakej itu dikenali sebagai Lambaian Kaabah Umrah dan Ziarah yang diperkenalkan sejak 1999 yang lalu sebagai memenuhi permintaan tinggi pelanggan untuk mengerjakan umrah dan ziarah di samping keperluan lengkap untuk keselesaan beribadat.
Menurutnya, pakej itu istimewa kerana mengutamakan kemudahan seperti penerbangan kelas ekonomi pergi balik dari Kuala Lumpur ke Jeddah setiap hari dan menyediakan 2,400 tempat duduk setiap minggu.
Pakej itu juga menyediakan pengina-pan bertaraf empat bintang di Makkah dan Madinah di samping kemudahan pe-ngangkutan berhawa dingin, kunjungan ziarah ke tempat bersejarah, proses visa, kursus umrah percuma, air zamzam dan perkhidmatan mutawif berpengalaman.
“Pakej Lambaian Kaa-bah juga disediakan ketika musim biasa (normal biasa), umrah pada bulan Ramadan dan Syaaban serta jenis premium ditawarkan pada bulan Ramadan dengan harga bermula RM10,500 selama 11 hari sembilan malam,” katanya.
Beliau berkata, pakej ini bakal menarik perhatian golongan korporat dan golongan yang ingin mencari ketenangan kerana harga ditawarkan adalah kompetitif.
Menurutnya, syarikat juga sedang menyusun strategi menambah bilangan pesawat dan tempat duduk sehingga 3,600 seminggu menjelang 2014 dan membenarkan pelanggan membawa muatan 40 kilogram.
Maklumat lanjut layari holiday.malaysiaairlines.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: