![]() |
| NORAZIAH menunjukkan biskut hasil resipinya yang dihasilkan menjelang Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Tengah pada 26 Jun ini. |
KUALA LUMPUR – Walaupun usianya telah mencecah setengah abad, Noraziah Salleh, 51, tidak gentar untuk bersaing dengan peserta-peserta muda pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Tengah di sini pada 26 Jun depan dan menyimpan azam untuk bergelar juara.
Dia sedar bakal menghadapi cabaran yang sukar terutama daripada peserta-peserta muda yang sudah tentu mempunyai lebih banyak pengetahuan dan kemahiran baharu dalam pembikinan kek dan biskut.
Membuat biskut dan kek pada mulanya merupakan aktiviti mengisi masa lapang sementara menunggu suaminya, Nizam Zainal Abidin, 54, pulang dari bekerja.
Rutin harian tersebut lama kelamaan berubah menjadi satu keseronokan dan ibu kepada empat orang anak ini sentiasa mencuba pelbagai resipi sebagai hidangan keluarga.
“Saya amat berterima kasih kepada suami, anak-anak serta kawan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya untuk terus memperbaiki kualiti dalam membuat kek dan biskut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: