
KUALA PERLIS – Lebih 4,000 pengusaha bot dan nelayan pantai di negeri ini berhimpun secara aman untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang mengekalkan subsidi diesel di sini semalam.
Pengerusi Persatuan Nelayan Perlis, Jasni Hashim berkata, perhimpunan tersebut yang disertai pengusaha bot kelas A, B dan C itu juga sebagai menghargai langkah kerajaan melindungi kepentingan nelayan tersebut yang kebanyakannya berpendapatan rendah.
“Kami berpuas hati apabila kerajaan mengekalkan subsidi bahan bakar pada RM1.25 seliter berbanding bot laut dalam kelas C2 dinaikkan harga diesel daripada RM1.20 seliter kepada RM1.80 seliter.
“Malah kerajaan juga memberi bantuan dan insentif lain termasuk pemberian elaun sara diri RM200 sebulan kepada nelayan kelas berkenaan,” katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: