
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sembilan inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai pelaburan RM2.77 bilion dan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.
Dengan pengumuman itu, katanya, projek di bawah ETP yang diumumkan baru-baru ini yang termasuk Pembangunan Bersepadu Penapis dan Petrokimia (Rapid) mempunyai nilai pelaburan RM60 bilion.
Apabila disatukan, kesemua 15 inisiatif di dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mempunyai nilai pelaburan RM63.88 bilion dan GNI RM66.31 bilion serta 63,531 pekerjaan baharu.
"Dari segi kumulatif, sehingga kini, ETP telah mencatatkan pelaburan RM170.28 bilion, GNI RM220.15 bilion serta 362,396 pekerjaan baharu," katanya semasa mengumumkan Update Keenam Kemajuan ETP di sini semalam.
Antara inisiatif itu ialah Kumpulan UCSI iaitu badan induk UCSI University bagi membangunkan kluster pendidikan kesihatan bersepadu seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: