
WOO (tengah) bersama kakitangannya menunjukkan hidangan minum petang terbaharu Kenny Rogers di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd. (Berjaya Roasters), pemegang francais rangkaian restoran Kenny Rogers Roasters (Kenny Rogers) di Malaysia, memperkenalkan 10 menu baharu yang terdiri daripada kek, sandwich, hidangan tortilla dan salad.
Pengurus Jenama Kanan Berjaya Roasters, Esther Woo berkata, ia akan mula ditawarkan pada hari Isnin ini di hampir 70 cawangan Kenny Rogers di seluruh negara pada harga RM5.50 untuk setiap hidangan.
Menurutnya, hidangan terbaharu itu hanya boleh didapati pada waktu minum petang bermula dari pukul 3 hingga 6 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat.
Jelas beliau, golongan bekerja kini sibuk dengan tugas masing-masing dan ada ketikanya mereka tidak sempat menikmati hidangan tengah hari.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: