|
|
KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd. (Maybank) akan melaksanakan disiplin kewangan dalam menghadapi penggabungan dengan RHB Capital Bhd. (RHB Capital).
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) berkata, bank itu sangat berdisiplin dalam menjalankan urusniaga termasuk pengambil alihan pegangan besar dalam Kim Eng Securities yang bernilai RM4.3 bilion.
“Kami percaya urus niaga (Kim Eng) telah diterima dengan baik oleh pasaran dan kami sudah tentunya akan sangat berdisiplin dalam menangani urus niaga ini (RHB Capital),” katanya dalam wawancara dengan CNBC semalam.
Menjawab soalan sama ada beliau akan dapat menangani politik yang dikaitkan bagi mewujudkan situasi menang-menang, katanya, saya tidak fikir ada sebarang perkaitan politik kerana ini adalah satu urus niaga komersial semata-mata yang akan membawa nilai kepada semua pihak, sama ada Group Holdings Bhd. (CIMB) atau Maybank.”
Maybank dan CIMB semalam mengumumkan mereka telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan rundingan penggabungan dengan RHB Capital dan pemegang saham lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: