LONDON - Bintang pop Britain, Lily Allen, 26, mengejutkan tetamu apabila dia mengaku hamil sewaktu majlis perkahwinannya dengan seorang pelukis, Sam Cooper, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengumuman itu dibuat oleh Sam, 33, di depan 105 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan kawan rapat mereka di gereja St James the Great di sini pada Sabtu lalu.
Kandungan Lily dipercayai mencapai usia 12 minggu.
Menurut sumber pasangan tersebut, Lily tidak pernah berahsia tentang niatnya untuk mendirikan rumah tangga dan memulakan keluarga.
"Lily sedang mengandung dan turut mengahwini lelaki idamannya. Dia sangat gembira sehingga menitiskan air mata kegembiraan," jelas sumber itu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Never Gonna Happen itu pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: