Wednesday, June 8, 2011

KRU Bersara Daripada Membuat Persembahan

Ketiga beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Kemudian di awal usia remaja mereka, Kumpulan KRU atau panjangannya Kumpulan Rap Utama ditubuhkan dan menjadi kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Bohonglah jika ketiga-tiga mereka ini tidak langsung dilanda gosip semenjak mereka bertapak didalam industri ini, namun itu sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka untuk terus bangkit. Kontroversi demi kontroversi akan terus berlaku namun, nama KRU tidak boleh dipatahkan lagi dan akan terus di pandang tinggi.

Kini selepas berbelas tahun membawa jenama KRU dimata dunia, Norman, Yusry dan Edry mengumumkan pengunduran mereka daripada membuat persembahan.

"Sebelum ini kami tidak pernah umumkan secara formal, tetapi hari ini secara rasminya saya umumkan bahawa telah bersara daripada sebarang persembahan pentas, dan kami tidak lagi membuat persembahan-persembahan konsert ataupun funfair. Namun kami masih terus menyanyi dan masih keluar dengan single-single terbaru,"jelas Edry.

"17 tahun didalam industri ini KRU sudah bermain dengan pelbagai kontroversi, bukan sahaja pernah diharamkan daripada membuat konsert, kami juga pernah ditimpa dengan pelbagai kontroversi besar, dan inilah pengalaman luar biasa yang membuatkan kami kuat untuk mencapai tahap ini,"jelas KRU.

Selalu Bergaduh

Bekerja dalam tiga 'kepala' yang berbeza, sudah pasti sukar untuk tiga adik beradik ini mencapai satu keputusan yang sama, namun bagi mereka, kesukaran inilah yang membuatkan mereka lebih kraetif dan saling memerlukan.

"Kami memang senang nak bergaduh, dan kadang kala keluar juga sikap-sikap yang tidak profesional dan komen-komen yang lebih tajam daripada pedang, namun sebenarnya kami saling memerlukan.

"Kami mempunyai kemahiran yang berbeza, yang mana kemahiran tersebut menjadi satu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: