
KOTA BHARU - Selepas menduduki tempat ketiga pada peringkat akhir Cabaran Daisy Sehebat Chef tahun lalu, Mohamad Suhasman Mohamad Rozi, 23, mahu memperbaiki kedudukannya dalam pertandingan tahun ini.
Anak muda yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu mengakui dia kini lebih yakin dan cukup teruja untuk ke Kuala Terengganu Sabtu ini bagi cabaran peringkat Zon Timur.
"Kali ini saya lebih bersemangat. Tahun lalu, saya rasa banyak kekurangan pada resipi biskut yang disediakan.
"Kali ini saya sudah ada pengalaman dan tahu apa yang perlu diperbaiki serta lebih yakin untuk menjadi juara kategori biskut," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Pada tahun lalu, Mohamad Suhasman yang merupakan peserta lelaki tunggal daripada lima peserta peringkat akhir menyediakan biskut Hitam Manja yang berasaskan bijan hitam dengan coklat masakan warna merah jambu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: