Friday, June 24, 2011

Jadilah yang pertama!

pix_middle

PEMINAT Chelsea di Malaysia, jelas sekali mempunyai beberapa sebab utama untuk tidak sabar menantikan ketibaan pasukan itu dalam perlawanan jelajah pra-musim kelab berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 21 Julai ini.

Selain menyaksikan kehebatan bintang Chelsea seperti Frank Lampard, Fernando Torres, John Terry dan Didier Drogba beraksi, kehadiran pengurus baru kelab itu, Andre Villas-Boas yang dilantik meng�gantikan Carlo Ancelotti turut mencari perhatian.

Tidak keterlaluan, rakyat Malaysia bakal menjadi yang pertama menyaksikan gandingan serba baru skuad naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu yang sudah tentu mahu merebut kembali takhta kejuaraan daripada Manchester United.

Villas-Boas mencatat sejarah tersendiri apabila bekas pengurus Porto itu dilepaskan kelab lamanya untuk bersama Chelsea dengan bayaran ₤13.3 juta (RM64.9 juta), sekali gus melonjakkan reputasi pengurus yang baru berusia 33 tahun itu.


Biarpun beberapa kejutan dijangka turut menyusul dengan pelantikan Villas-Boas, itu pastinya menjadi faktor tambahan untuk peminat Chelsea di Malaysia untuk sama-sama menyaksikan kelibat pemain pujaan mereka menentang skuad bola sepak kebangsaan.


Bagi Drogba sendiri, dia me�nyimpan hasrat untuk beraksi di jelajah pra-musim di Asia selepas terlepas dua kunjungan Chelsea ke rantau itu sebelum ini.

Penyerang itu, mengalami kecederaan lutut yang menghalangnya dari mengikuti jelajah ke Korea Utara pada 2005, serta China dan Malaysia pada 2008 dan tidak sabar untuk merasai pengalaman bermain di Asia menerusi kunjungannya ke Kuala Lumpur, Bangkok dan Hong Kong.

“Saya harap tidak mengalami kecederaan seperti itu dan berdepan pra-musim yang memuaskan. Kecederaan adalah satu-satunya perkara yang menghalang pemain daripada berasa gembira dan saya harap ia tidak berlaku lagi.

“Saya tidak menyertai jelajah pada 2008, saya tercedera dan berehat di rumah dan tidak tahu bagaimana pengalaman dalam perlawanan jelajah tetapi saya berharap segala-galanya berlangsung dalam suasana mesra kerana kami mempunyai ramai peminat di Asia dan mereka sering memberi sokongan kepada kami, saya fikir ia sesuatu yang hebat,” katanya.

“Pastinya menarik apabila me�ngetahui mengapa mereka menonton permainan kami, melihat bola sepak dan memahaminya dengan cara berbeza.

“Di Amerika Syarikat, ia sesuatu yang baru buat mereka dan saya fikir di Asia, bola sepak lebih popular. Di kampung halaman saya di Afrika, bola sepak bagaikan satu agama di mana mereka memenuhi stadium beberapa jam sebelum sepak mula, ia benar-benar berbeza,” katanya.

Justeru, bagi memastikan impian anda bersama skuad Chelsea satu kenyataan, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, baru-baru ini memperkenalkan program ganjaran terkini kepada pelanggan mereka.

Pembeli barangan Samsung berpeluang memenangi pelbagai ganjaran antaranya 600 tiket untuk menyaksikan perlawanan itu termasuk jersi dan bola Chelsea.

Lebih istimewa, dua peserta bertuah akan memenangi hadiah utama iaitu berada di bangku pasukan bersama pemain kelab berkenaan.

Caranya cukup mudah. Beli sebarang produk Samsung bernilai RM300 dan hantarkan maklumat anda menerusi SMS dan secara automatik, anda berpeluang memenangi jersi rasmi Chelsea dan tiket perlawanan bola sepak untuk menyaksikan kehebatan pemain Chelsea.

Pembelian dibuat menerusi resit tunggal dari mana-mana pengedar Samsung seluruh negara dari 7 Jun hingga 10 Julai 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: