Saturday, June 25, 2011

Isteri perlu fahami kerjaya chef




Ini termasuk kesukaran membahagi masa kerana tuntutan kerjaya sehingga waktu untuk bersama keluarga begitu terhad.

Keadaan itu jika berlarutan sudah pasti boleh merenggangkan hubungan suami isteri sehingga boleh membawa kepada perpisahan.

Inilah juga dilema yang kerap dialami oleh sesetengah mereka yang bergelar chef apabila sebahagian besar masa terpaksa dihabiskan ditempat kerja membuatkan waktu senggang untuk keluarga cukup berharga.

Hakikat ini tidak dinafikan oleh Chef Eksekutif, Daneh Amjah dari Ancasa All Suites Resort & Spa, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Berasal dari Beaufort, Sabah, Chef Daneh mengakui pernah berhadapan dengan situasi tersebut.

Katanya, sebagai manusia biasa, masalah perceraian boleh berlaku kepada mana-mana individu.

"Sebagai seorang chef, masa kami lebih banyak di hotel berbanding di rumah. Oleh itu, saya menasihati agar isteri memahami kerjaya suami mereka untuk mengelakkan masalah rumah tangga," katanya ketika ditemui S3 baru-baru ini.

Berdarah kacukan Melayu Brunei, Chef Daneh berkata, setiap chef perlu bijak membahagikan masa kerja dengan kehidupan peribadi.

"Boleh dikatakan lebih 70 peratus masa kami di tempat kerja dan selebihnya barulah di rumah. Kadangkala isteri tidak memahaminya.

"Walau bagaimanapun, setiap pasangan itu perlu saling memahami di antara suami isteri tanpa perasaan cemburu," jelasnya.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Chef Daneh dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fizal Zurizal, 22, dan Efira Zurina, 20.

"Niat memang ada untuk mendirikan rumah tangga kembali, itupun kalau ada jodoh dan ciri-ciri wanita idaman saya ialah seorang yang beriman dan tidak boros.

"Paling utama ialah wanita tersebut perlulah menerima saya dengan seadanya dan faham dengan kerjaya saya sebagai chef," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: