Tuesday, June 21, 2011

Idea unik mangkuk laksa terbesar


CHRIS PIKOUNIS (tengah) memegang sijil pengiktirafan daripada MBOR setelah berjaya memasak asam laksa untuk 3,500 hidangan dalam satu mangkuk besar.


ORANG ramai yang mengunjungi Pasar Raya Besar Giant di Kota Damansara, Selangor gamat apabila kehadiran mereka disambut dengan mangkuk asam laksa gergasi yang panas yang dihasilkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Sebenarnya, strategi syarikat berkenaan mempunyai serampang dua mata. Selain satu cubaan untuk tersenarai dalam Malaysia Book Of Records (MBOR), ia juga adalah pendekatan berkualiti dalam memperkenalkan produk terkini mereka.

Seiring dengan tuntutan semasa, Colgate-Palmolive melancarkan ubat kumur terbaharu tanpa alkohol iaitu Colgate Plax Ice.

Colgate Plax Ice terbukti secara klinikal dapat memberikan perlindungan antibakteria sehingga 12 jam, tanpa rasa pedas seperti yang selalunya dikaitkan dengan ubat kumur.

Menurut Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive, Chris Pikounis, dengan pelancaran produk itu, Colgate ingin menyangkal mitos bahawa ubat kumur yang ‘lebih pedas’ adalah lebih berkesan untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria.

“Ia telah menimbulkan tanggapan yang salah dalam kalangan pengguna dan menyebabkan mereka terpaksa menahan rasa pedas apabila menggunakan kebanyakan ubat kumur lain dalam pasaran,” kata Pikounis.

Ternyata, penghasilan asam laksa yang merupakan antara sajian kegemaran rakyat Malaysia ada signifikan dengan pelancaran Colgate Plax.

“Selepas menikmati asam laksa, tiada cara yang lebih baik untuk menyegarkan mulut anda selain berkumur dengan Colgate Plax Ice.

“Produk kami bukan saja dapat memberikan kesegaran sedingin ais dengan tanpa rasa pedas, tetapi juga dapat menghapuskan bakteria dan menjaga kebersihan mulut,” jelasnya.

Tambah Pikounis, ubat kumur itu juga berkesan untuk menghapuskan bakteria di dalam mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi. Ia juga berkesan menghilangkan bau nafas dan mengekalkan kebersihan serta kesihatan mulut.


KERJASAMA. Kakitangan Colgate-Palmolive yang diketuai oleh Pikounis (dua dari kanan) turut sama membantu merealisasikan matlamat untuk mencipta rekod MBOR.


“Seperti ubat kumur lain dalam rangkaian Colgate Plax, Colgate Plax Ice boleh digunakan dua atau tiga kali sehari, sebelum atau selepas memberus gigi untuk mengawal pembentukan plak gigi selama 12 jam,” katanya lagi.

Sementara itu, segala persiapan dan ramuan untuk memasak asam laksa dalam mangkuk besar itu disediakan sepenuhnya oleh dua chef terkenal negara iaitu Chef Ismail Ahmad dan Chef Florence Tan.

Mangkuk yang berukuran 244 sentimeter (sm) x 92 sm itu dapat menyediakan 3,500 hidangan berasingan. Antara bahan yang digunakan ialah 200 kilogram (kg) sardin, 3,000 biji telur, 168 biji salad dan 120kg timun.

Percubaan untuk mencipta rekod itu telah diadili oleh pegawai MBOR, Kandeah Subramaniam dan beberapa pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pada majlis itu, hadirin yang hadir turut dipelawa menikmati asam pedas yang dimasak. Mereka juga diberi peluang untuk merasai kesegaran sedingin ais apabila berkumur dengan produk hasil inisiatif terbaharu Col gate-Palmolive.

Colgate Plax Ice kini boleh didapati di semua pusat jualan runcit dan farmasi pada harga jualan runcit yang disyorkan iaitu RM3.90 untuk 100 militer (ml), RM8.90 untuk 250 ml, dan RM19.90 untuk 750 ml.

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.colgate.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: