Sunday, June 12, 2011

Giggs mahu jalani rawatan

MASIH SAYANG...Ryan Giggs dan isteri.
MASIH SAYANG...Ryan Giggs dan isteri.

LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs dilapor memberitahu isterinya dia akan mendapatkan bantuan untuk merawat ketagihan seksnya dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka.

Isteri Ryan, Stacey, 32, dilapor bersetuju dengan cadangan itu.


Stacey mengambil keputusan untuk terus kekal bersama Ryan selepas bintang bola sepak itu berjanji untuk tidak curang lagi terhadapnya.

Reputasi Giggis sebagai ‘Mr Clean’ tercemar selepas kegiatan seksnya selama lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan bintang Big Brother, Imogen Thomas terbongkar.


Stacey yang mempunyai dua anak dengan Ryan memberitahu seorang rakan rapat: “Ryan menghidap penyakit dan dia perlukan bantuan saya. “Selagi dia lakukan apa yang dia janji, perkahwinan kami akan terselamat.


“Dia tidak mencintai Imogen dan Natasha adalah pembohong, Keluarga kami akan berjaya menempuh dugaan ini.” Satu sumber lain berkata: “Ryan akur dia menghadapi masalah ketagihan seks. Dia tidak ada pilihan lain. Dia memberitahu Stacey, dia akan lakukan apa saja untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Dia menawar diri untuk mendapatkan bantuan profesional.” Ryan sebelum ini dilapor menawarkan £250,000 (RM1 juta) kepada adiknya, Rhodri, supaya tidak mendedahkan kecurangannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: