Sunday, June 19, 2011

Ematrix tidak berisiko tinggi


Dr. Abrizah penuh teliti menjalankan rawatan kepada seorang pelanggan.


MEMBACA berita mengenai seorang wanita yang mengalami alahan kulit teruk selepas mencuba satu krim membuktikan apa sahaja produk atas tiket kecantikan mampu memikat pengguna tidak kira latar.

Betapa pengaruh kecantikan mempunyai kuasa yang besar untuk menjana keuntungan. Bagi pihak pengilang, mereka mungkin mudah mendapat keuntungan berganda andai strateginya mengena, namun sebagai pengguna kita perlu bijak memilih mana satu rawatan atau produk diyakini dan tidak berisiko tinggi. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan cakap-cakap orang yang pernah cuba.

Setiap daripada kita mempunyai tubuh dan kulit yang berbeza. Pastikan sesuatu produk atau rawatan itu terbukti secara klinikal dan dilakukan oleh mereka yang berkelayakan sebelum berani mencubanya.

Berbeza dengan janji kosong produk atau rawatan yang terdapat di pasaran, prosedur kecantikan kulit alternatif yang diyakini selamat dan menggunakan teknologi terkini dipanggil Ematrix ditawarkan Pusat Perubatan iHeal Kuala Lumpur.

“Rawatan Ematrix menggunakan teknologi terkini radio frekuensi diyakini mampu meremajakan kulit dan memberi kesan memberangsangkan sejurus rawatan pertama lagi,” kata Pakar Estetik (Kulit, Kosmetologi dan Pembedahan Plastik), Dr. Abrizah Ousman.

Menurutnya, rawatan itu mampu memperbaiki kedutan, parut akibat kemalangan, parut jerawat, tekstur dan tona kulit yang tidak sekata serta kulit yang lebam.

“Selepas rawatan, kulit muka pengguna menunjukkan peningkatan seperti semakin cerah dengan kedutan hilang serta kulit semakin halus dan licin,” katanya.

Jelas beliau lagi, tidak seperti kebanyakan rawatan lain yang ditawarkan di salon kecantikan, Ematrix hanya dilakukan oleh mereka yang benar-benar terlatih. Ia menggunakan teknologi radio frekuensi yang disasar di bawah lapisan kulit tanpa memanaskan bahagian atas.

Dengan itu ia membantu penghasilan kulit baru dan membina semula kolagen kulit dengan lebih pantas. Selepas rawatan kata beliau, pengguna akan merasa peningkatan paras kolagen kulit di mana kedutan halus mula hilang, kulit menjadi lebih lembut dan warna kulit yang tidak sekata juga diperbaiki.

“Malah yang lebih istimewa lagi, keanjalan kulit boleh dirasai serta-merta,” kata beliau.

Ditanya berapa sesi yang diperlukan, kata beliau biasanya pengguna akan menerima tiga kali rawatan setiap empat hingga enam minggu jaraknya.

Bagaimanapun, Ematrix katanya merupakan sistem multi rawatan yang berbeza berdasarkan keperluan individu dan keputusan yang diperoleh.

Hasil boleh dilihat sejurus rawatan yang pertama bergantung kepada individu dan berterusan sehingga setahun selepas itu.

“Disebabkan teknologi radio frekuensi membantu menjana penghasilan kolagen kulit secara semulajadi, maka hasil yang diperoleh biasanya tahan lama,” kata Dr. Abrizah

Dalam usaha mengekalkan keberkesanan, pengguna dinasihatkan untuk meneruskan rawatan selama setahun, katanya.

Jelas beliau lagi, prosedur yang dilakukan mengambil masa selama 10 hingga 20 minit dan pengguna boleh meneruskan aktiviti mereka usai rawatan.

Kesan sampingan

Ditanya kesan sampingan kepada pengguna selepas menjalani rawatan Ematrix kata Dr. Abrizah, sehingga kini tiada laporan yang dibuat mengenainya.

“Hanya ketika rawatan dilakukan, kulit pengguna kelihatan kemerah-merahan seperti terkena sinaran matahari namun ia tidak menyakitkan dan akan hilang,” katanya.

Tambah beliau, krim estetik akan diberikan dan ia mampu mengurangkan rasa tidak selesa pengguna atas kesan minimum tersebut.

Sehingga kini kata beliau, rawatan Ematrix yang tergolong sebagai prosidur meremaja kulit secara sublative adalah satu-

satunya yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit.

Namun sesetengah keadaan seperti mereka yang mengalami ekzema mungkin tidak boleh menjalani rawatan ini. Namun begitu, pengguna perlu mendapatkan rujukan pakar sebelum menjalani rawatan jenis itu.

2 comments:

  1. I believe Dr Abrizah ousman is very unprofessional and incompetent, and has no experience. She charged me a lot for cheap products, the result was awful and she was very rude, i definetely do not recommend her.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I disagree. I had treatments with Dr Abrizah and she is by far the most professional and friendly also polite doctor i have ever met. It is so easy to talk to her. Her charges are also very reasonable and i get very good results. I have recommended her to a lot of my friends and they are all very satisfied with the level if expertise she offered.

      Delete

Tinggalkan Komen Anda Sini: