Thursday, June 16, 2011

Dua lelaki ditangkap dekat rumah penyanyi


JOSS STONE


LONDON - Polis di barat daya England mengkap dua lelaki yang disyaki berkomplot untuk melakukan rompakan dan pembunuhan dekat kediaman penyanyi terkenal, Joss Stone.

Hasil maklumat penduduk tempatan, polis Devon dan Cornwall menangkap dua suspek berkenaan di bandar Cullompton, daerah Devon, pada Isnin lalu.

Dua lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 30 dan 33 tahun, pada awalnya ditahan kerana memiliki senjata berbahaya dan perlatan untuk melakukan pecah rumah dan mencuri.

"Setelah disoal siasat, mereka kini ditahan kerana jenayah lebih berat iaitu berkomplot untuk merompak dan membunuh," kata kenyataan polis.

"Siasatan terhadap mereka diteruskan oleh detektif-detektif jenayah berat," tambah kenyataan sama.

Akhbar The Sun melaporkan bahawa kedua-dua lelaki itu terbabit dalam komplot untuk menculik Stone yang berusia 24 tahun.

Album penyanyi itu dijual sekitar 11 juta unit dan kekayaannya dianggarkan mencecah £9 juta (RM44.34 juta)

Polis tidak menamakan Stone dalam kenyataan tersebut.

Namun, menurut syarikat perhubungan awam penyanyi itu, DWL, Stone mengetahui penangkapan itu dan polis memberitahunya setiap perkembangan yang berlaku berhubung kejadian tersebut.

Namun, ia tidak memberitahu sama ada Stone berada di rumah semasa dua lelaki tersebut ditangkap.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: