BAHANG acara kemuncak program Maharaja Lawak memang kian terasa. Cik Normah sendiri tidak sabar-sabar nak tahu siapa yang akan dinobatkan sebagai Maharaja nanti. Apakah gelaran juara menjadi milik Jozan, Jambu, Sepah, Nabil atau R2.
Sedang Cik Normah dan beberapa rakan leka meneka siapa yang bakal membawa balik trofi rebutan pada rancangan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 24 Jun, sampai gembira hangat ke telinga Cik Normah, juara Maharaja Lawak nanti bukannya bakal memenangi RM300,000 seperti yang diumumkan dulu, tetapi RM400,000!
Bagaimanapun, apa yang masih menjadi teka-teki ialah jumlah peserta yang akan layak ke final nanti. Apatah lagi apabila mengenangkan kesemua peserta yang tinggal kini hebat-hebat belaka, sampaikan Cik Normah dan keluarga tak kering gusi melihat gelagat masing-masing.
Mungkin kerana kehangatan yang ditunjukkan program itu sejak akhir-akhir ini, membuatkan lebih ramai penaja sudi menghulurkan sumbangan untuk sama-sama memeriahkan lagi acara terbabit. Kalau sambutan tidak memberangsangkan, takkanlah Astro bawa program itu menjelajah ke beberapa negeri seluruh Semenanjung kan?
Siapapun pemenangnya dan berapa pun hadiah yang dimenangi kita tunggu sajalah pentas final Maharaja Lawak nanti, mana la tahu tiba-tiba mencurah-curah pula penaja yang nak masuk dalam tempoh dua minggu ini.
Cik Normah dengar sebelum ini, juara bukan saja membawa pulang wang tunai yang beratus ribu ringgit itu, malah turut membawa pulang sebuah kereta. Kalau benar seperti didengar, beruntunglah juara Maharaja Lawak. Sudahlah menang duit, dapat pula kereta. Nanti bolehlah bawa Cik Normah ronda-ronda sama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: