Saturday, June 18, 2011

Cut Tari buru kepercayaan


CUT TARI


TAHUN ini, genap 20 tahun Cut Tari menjadi anak seni, khususnya dalam bidang pengacaraan.

Sempena ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam dunia seni, ibu seorang cahaya mata ini masih belum mahu berhenti, walaupun sedang berhadapan dengan kontroversi kes video porno bersama Ariel Peterpan.

“Selagi saya mampu bertahan, saya tidak akan ke mana-mana. Saya masih mahu berkarya.

“Malah yang paling penting sekarang adalah satu pekerjaan yang tidak mudah untuk saya lakukan iaitu mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada saya,” azam Cut yang mengadakan sebuah majlis sederhana sempena ulang tahun ke-20nya dalam dunia seni di sebuah kafe di kawasan Jakarta Selatan.

Acara itu pula hanya dihadiri oleh sahabat terdekat seperti Meisya Siregar, Indra Herlambang, Fenita dan Arie Untung, Winky Wiryawan, Oka Antara, Richard Kevin dan Sania. Cut Tari buru kepercayaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: