Saturday, June 25, 2011

Cabaran Daisy balas jasa sifu


HAIMIE menunjukkan salah satu keknya sebelum Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Tengah di AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur esok.


KUALA LUMPUR - "Segala tunjuk ajar sifu tidak sia-sia. Saya akan buktikan sewaktu hari pertandingan itu nanti."

Demikian azam seorang peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Tengah, Mohd. Haimie Ismail, 20, yang mahu membuktikan kemahirannya membuat kek kepada mentornya setelah mendidiknya selama dua tahun.

Mohd. Haimie yang bekerja sebagai pembuat kek di Isabella Kek (M) Sdn. Bhd. di sini berkata, bimbingan mentornya, Sifu Rick telah meningkatkan kemahirannya dalam pembuatan kek.

"Berkat tunjuk ajar Sifu Rick, saya yakin untuk mengharungi cabaran itu nanti. Pada pertandingan itu nanti saya membuat keputusan untuk menghasilkan kek coklat.

"Kek yang dinamakan Kek Coklat Daisy Corncake ini pada hemat saya berpeluang besar untuk memenangi pertandingan itu nanti," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Tengah akan berlangsung di AEON AU2, Setiawangsa di sini esok.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: