Monday, June 27, 2011

Blake yakin jadi isteri Dicaprio


BLAKE LIVELY


HUBUNGAN kasih yang terjalin antara dua bintang kelas A Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Blake Lively seperti semakin mendalam. Tak hanya bercuti bersama, Blake juga mengaku dirinya sudah punya firasat bahawa dia akan menjadi isteri DiCaprio!

Kenyataan Blake itu memang cukup mengejutkan. Ini kerana hubungan cinta mereka masih boleh dikata terlalu hijau selepas DiCaprio putus cinta dengan kekasihnya, Bar Rafaeli kurang dua bulan lalu.

“Ketika saya berusia 9 tahun, saya sudah punya firasat bahawa saya akan menyanyi dengan Leonardo DiCaprio,” ujar aktres tersebut kepada majalah Now!.

Menurut satu sumber, pernyataan yang diberitahu Blake itu seperti disambut baik oleh DiCaprio yang dikatakan sudah larut dalam asmara bersama aktres yang terkenal dengan drama siri Gossip Girls itu.

“Dia (DiCaprio) benar-benar suka pada Blake. Dia pernah cakap, dia tak pernah merasa seperti ini sebelumnya dan dia juga terkejut. Dia sangat bahagia,” ujar sumber tersebut.

Pasangan muda ini memang sering dilihat bersama menikmati liburan romantis di Itali, malah juga telah mengunjungi Disneyland bersama baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: