KETUA pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi (kiri) dan Marzuki Yusof (kanan) turut jayakan kempen.
ANGIN sepoi kemelut gejala rasuah yang seakan kembali melanda liga bola sepak tempatan yang pernah meruntuhkan nilai sukan itu Malaysia akan terus dibanteras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kesedaran dan ia dimulakan pada pertemuan final Piala FA, malam ini.
Pada pertemuan Kelantan menentang Terengganu, FAM akan memulakan kempen ‘Integriti’ dengan permulaan pemain daripada kedua-dua pasukan akan memakai lilitan integriti di lengan mereka selain memaparkan sepanduk sebelum perlawanan bermula nanti sebagai tanda menolak semua gejala negatif dalam bola sepak.
“Ia akan dimulakan pada perlawanan malam ini dan akan diteruskan pada semua perlawanan selepas ini yang membabitkan FAM,” kata Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pada pelancaran kempen itu, semalam.“Kempen ini adalah inisiatif FAM sebagai komitmen memerangi segala gejala negatif di samping memupuk budaya integriti di kalangan komuniti bola sepak dalam usaha menaikkan profesionalisme sukan ini ke arah lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: