Sunday, June 12, 2011

'Bagai mati hidup semula'

  • Foto

    PEMAIN Terengganu menjulang jurulatih, Irfan Bakti selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

  • Foto

    AHMAD Nordin Alias meraikan jaringan kemenangan Terengganu pada masa tambahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Perjalanan Terengganu ketika juarai Piala FA buat kali kedua

BAGAI mati hidup semula. Itulah perjalanan Terengganu ketika menjuarai Piala FA buat kali kedua malam tadi selepas menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Ketika Kelantan hampir membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu buat pertama kali sejak kejohanan diperkenalkan pada 1990 apabila mendahului 1-0 hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-80, Terengganu mengheret perlawanan ke masa tambahan hasil tandukan ke gawang sendiri Daudsu Jamaluddin.Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias meledak gol kemenangan pada babak kedua masa tambahan untuk mengecewakan Kelantan buat sekian kalinya dalam saingan Piala FA yang mula diperkenal pada 1990.

“Kemenangan ini amat besar buat Terengganu yang sejak 10 tahun lalu, tidak memenangi sebarang kejuaraan besar,” kata pengendali Irfan Bakti Abu Salim selepas perlawanan malam tadi.

“Kejayaan ini hasil kerja keras pemain yang menurut arahan supaya kekal fokus sehingga wisel penamat. Hasilnya kami dapat menyamakan kedudukan pada minit terakhir masa kecederaan.”

Kapten Terengganu, Marzuki Yusuf dinobat Pemain Terbaik dan Irfan serta anak buahnya bakal terbang ke London sebagai ganjaran kejayaan seperti dijanjikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: