Thursday, June 2, 2011

Artis mana hebat di dapur?

Kita selalu menonton artis berlakon dengan baik dan menyanyi dengan bertenaga. Bagaimana agaknya aksi mereka di dapur? Siapa di antara artis ada kepakaran memasak?

Kalau nak tahu, jangan ketinggalan menonton Dapur Selebriti Knorr yang mula bersiaran setiap hari Jumaat pukul 6.00 petang mulai 10 Jun ini. Program iru menampilkan Sheila Rusly sebagai pengacara.

Zain dan Sasha berentap sebagai gimik pelancaran program itu di Secret Recipe, Menara TM, baru-baru ini.

Program terbiitan Red Communications itu menampilkan 60 selebriti yang berebut gelaran juara Dapur Selebriti Knorr setiap minggu. Setiap episod akan menampilkan tema berbeza.

Antaranya masakan keluarga yang mempertandingkan pasangan berumahtangga Khai & Rosma, Nadiya Nisaa dan suaminya Saiful Razman serta Dr. Fazley Yaakob dan isterinya, Azrene Soraya. Mereka akan bertanding untuk memenangi peluang menyalurkan derma kepada badan kebajikan pilihan mereka.

Fazley dan isteri turut bertanding.



Episod sempena Hari Bapa pula menampilkan pasangan adik-beradik Shasha & Zain Saidin, Elfira & Ezzrin Loy dan juga Dira Abu Zahar & Juliana memasak juadah khas untuk bapa mereka.

Reza Mohamad, Kenchana Devi, Azahari (Bam Bam Boom!), Sathiya dan adik-beradik Linda & Diana Rafar pula muncul dalam minggu menyediakan hidangan untuk jamuan harijadi.

Tema-tema lain yang dipilih ialah sarapan pagi, minum petang, aneka masakan ikan, masakan antarabangsa, juadah Ramadan, pencuci mulut serta juadah hari raya.

Artis lain yang turut muncul ialah Tomok, Anding, Estranged, Meet Uncle Hussain, Datuk AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila, Susan lankester, Radhi Khalid, Salamiah Hassan, Zizan Nin, Carmen Soo dan ramai lagi.

Siapa sangka Zain ni pandai memasak.

Salah satu juadah yang memenangi pada setiap minggu akan dipilih oleh Secret Recipe untuk menyajikan kepada pelanggan mereka. Sekitar 10 juadah akan dikeluarkan oleh Secret Recipe secara berperingkat setiap bulan bermula 13 Jun ini.

"Semestinya rakyat Malaysia akan terhibur menonton program ini di TV3 dan teruja untuk mencuba masakan sebenarnya di lebih 200 cawangan rangkaian kafe kami. Projek ini amat bermakna kerana sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal yang dekat kepada selebriti ini," kata Ketua Pengarah Eksekutif Secret Recipe, Datuk Steven Sim.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: